Monday, February 20, 2012

Apa, Singa Mulut Ternganga Kluar Ayor...


1 Januari 2012, Ahad
Merlion Park, Singapore

Taman Merlion adalah sebuah tempat yang anda harus pergi sekiranya menjejakkan kaki ke Kota Singa. Ini kerana ia telah menjadi sebuah ikon yang terkenal untuk mempersembahkan Singapura di mata dunia. Ia juga sebagai simbol perdagangan terpenting Singapura.

Merlion adalah seekor makhluk berupa singa dan berbadankan ikan. Kepalanya menggambarkan akan singa yang telah dijumpai oleh Raja Sang Nila Utama ketika dia mula menjejaki Pulau Temasek (Kini Singapura). Ekornya lebih sinonim dengan laut selaras dengan Temasek yang bermaksud “laut” dalam bahasa Jawa. Akhirnya nama Singapura diberi sempena dengan peristiwa itu yang membawa maksud “kota singa” dalam bahasa Sanskrit.

Patung Merlion ini setinggi 8.6 meter dan seberat 70 tan. Terdapat juga sebuah replika kecil patung Merlion di taman Merlion ini. Ia menjadi tempat yang istimewa untuk mengabadikan kenangan di Singapura dimana taman ini terletak berhampiran dengan Marina Bay dan di belakangi pencakar langit yang moden. Sebuah panorama yang memukau dan menggamit jiwa pengunjung yang melawatnya.

No comments:

Post a Comment