Wednesday, February 8, 2012

Hollywood Zone and The New York Zone


31 Disember 2011, Sabtu

USS, Sentosa Island, Singapore

Di Hollywood Zone kita akan disajikan dengan Teater Musical Monster Rock bertempat di Pantages Hollywood Theater. Selain itu terdapat juga gerai cenderamata serta Restoran yang menghidangkan menu pelbagai citarasa. Cuma pastikan anda semak dulu harga serta makanan yang dijual sekiranya ragu akan status halal makanan tersebut. Jangan risau ada kedai yang menghidangkan makanan halal cuma tempat yang dikhaskan sahaja terdapat menu halal.

Selepas itu kita akan menempuh pula New York Zone dimana di sini terdapat dua tarikan utamanya iaitu Lights, Camera, Action! Yang memaparkan di sebalik pembikinan efek khas di dalam filem Hollywood. Dengan penekanan konsep Teater 4D Para pengunjung akan merasa tiupan angin yang deras, bahang api yang membara, gegaran, percikan air hujan serta dentuman guruh dan hempasan rebut taufan yang mengganas. Dan persembahan ini dihasilkan khas oleh pengarah cereka sains fiksyen tersohor iaitu Steven Spielberg. Tarikan yang kedua adalah Stage 28 dimana pengunjung akan dihiburkan dengan penataan seni audio untuk sesebuah motion film.

No comments:

Post a Comment