Tuesday, February 15, 2011

Makan-Makan Besor Family Together Gather 2010











Majlis Makan Malam
25 Disember 2010, Sabtu
Medan Ikan Bakar Pantai Siring, Melaka

Acara yang dijalankan ini berlangsung semasa hari krismas. Boleh dikatakan sebelum terpilihnya venue yang menjadi tempat berlangsungnya acara ini, hampir kesemua tempat ikan bakar yang ada di sekitar Umbai, Serkam dan Anjung Batu telah disinggahi. Tetapi boleh dikatakan kesemua tempat-tempat tersebut penuh dengan tetamu yang hadir dari serata pelusuk tanah air yang rata-ratanya ingin menikmati keenakan ikan bakar yang menjadi tarikan utama di Melaka ini.

Pada mulanya kitorang semua macam dah give-up sebab semua tempat penuh, seolah-olah macam takde hari esok je lagi. Mula-mula kitorang dah duduk dekat satu kedai area anjung batu ni. Tapi disebabkan sepupu aku baru je kena charge sampai RM600 untuk 4 orang makan jadi terpaksalah kitorang batalkan untuk makan dekat situ. Dahla layanan yang diberikan boleh kata “teruk”, aku xnak mentioned kan name kedai tersebut. Faham-faham sudahlah...

Jadi ktiorang pun maju kehadapan lagi menuju ke Serkam mengikut jalan dalam, di mana kitorang melalui jalan tepian laut. Memang tempat yang bagus untuk kaki-kaki pancing melabuhkan joran mereka. Tidak beberapa jauh dari kedai yang kitorang berhenti tadi sampailah kitorang ke satu kawasan baru. Suasana dekat situ pun boleh tahan sambil dikelilingi bot-bot nelayan yang berlabuh. Nama tempat tersebut adalah Pantai Siring. Terletak di antara Serkam dan Anjung Batu. Kira di pertengahan jalan. Apa yang aku tahu pasal tempat ini, ia telah dirasmikan oleh PM kita Datuk Seri Najib Razak.

Bila kitorang sampai je dekat satu-satunya kedai ikan bakar yang ada dekat situ, kitorang budget satu je samada ada lagi ke tak makanan laut yang fresh-fresh untuk dimakan. Mujurlah memang rezeki kitorang malam itu. Jadi setelah ikan, udang dan ketam dipilih so kitorang pun menantilah hidangan siap sambil menikmati pemandangan sekeliling dan angin laut yang bertiup nyaman.

Jadi bila makanan tiba semua yang ada pun menikmatilah hidangan yang sudah dipesan. Antara menu yang kitorang pesan malam itu sudah semestinyalah ikan bakar. Selain itu ada juga udang dan sotong goreng tepung. Ketam sambal yang betul-betul sedap sebab isinya yang manis. Lepas tu dikenkan pula dengan nasi lemaknya yang enak. Ikan masak 3 rasa dia pun betul-betul mengujakan. Pendek kata kesemua yang hadir puas makan hidangan yang disediakan. Majlis makan makan malam itu telah dihadiri lebih kurang 25 orang, dari ahli keluarga yang dapt hadir. Dan apa yang memeranjatkan aku bila harga yang dikenakan macam tak percaya dibuatnya. Total cost is about below than 600. Serius harga dia dalam lingkungan RM500. Menu yang kitorang order seperti gambar-gambar yang aku uploadkan sekali. Murah, memang murah. Kepada pemilik restoran aku ucapkan tahniah atas layanan yang diberikan. Dan diharapkan agar perniagaan anda akan bertambah maju dm masa hadapan. Kekalkan layanan yang baik ini....Congratulations

Jadi majlis makan malam yang telak berlangsung itu menjadi acara penutup untuk tahun 2010 dan untuk tahun yang akan datang pula akan adanya lagi Family Gathering macam ini lagi. Ok Goodbye everyone...see you later on the further blog posting updater.

1 comment:

  1. wah...lu singgah kg gua bro...jeti nelayan kg siring mmg best!!! petang2 sunset cantik sgt2!!! singgah blog gua bro...ada scene sunset yg gua snap...hope suka hehehe akusukadiablogspot.blogspot

    ReplyDelete