Thursday, February 17, 2011

Al Jamali Channel : Antara Aktiviti di Musim Banjir











Hari Ketiga : Air Kini Tenang, Tetapi tidak seperti di Tenang...
04 Februari 2011, Jumaat
Perkarangan Rumah Atuk yang dah ditenggelami

Kini masuk hari ketiga rumah atuk “terbenam” bak kata Wawan. Bau-bau kayu mereput dan paya bakau mula naik dan ini menjadikan kualiti udara kurang menyenangkan. Memandangkan semalam aku melihat hasil tangkapan yang dibuat penduduk setempat dengan jarring mereka mendatangkan hasil lumayan. Aku, Zam dan Majed menduga nasib memasang jaring yang baru sahaja dibeli.

Seperti tangkapan semalam aku melihat tidak banyak jenis ikan yang sangkut di jarring yang dipasang penduduk kampung. Antara ikan yang melekat seperti Betuk, Sepat Siam, Keli, Talapia, Patong dan Haruan. Jadi kitorang pun cubalah nasib pula untuk hari ini. Manalah tau kot-kot melekat pulak ikan paus sesat. Tak pun Dugong spesis Si Tenang tu ke.

Tapi belum pun sempat jaring diturunkan ada kelibat yang timbul naik ke permukaan air. Pada mulanya memang sah apa yang kitorang nampak tu kelibat dua ekor buaya yang bersaiz anak. Tetapi bila batu dan macam-macam benda lagi benda dibaling ke arahnya benda tersebut masih lagi tenggelam timbul sama macam biasa. Ada juga yang mengatakan benda yang timbul tu badak air. Macam-macam spekulasi yang timbul. Ada juga yang beranggapan buaya-buaya itu jinak sebab dah lama training dekat sarkis. Cuma tidak dapat liputan meluas dari pihak media saja. Selepas kajian dan penyiasatan dibuat dan sah benda yang timbul tu adalah spesis teratai yang menghuni di sungai tersebut barlah kitorang berani turun ke dalam air untuk memasang jaring.

Goyang juga aku nak mengharung air sungai tu, lebih-lebih lagi dengan spekulasi yang baru saja terjadi. Tetapi demi merasmikan jaring yang baru sahaj dibeli aku beranikan juga diri untuk mengharunginya. Sesi pertama jaring dipasang hasil yang dibaw naik tidak memberangsangkan kerana tiada satu pun tangkapan dibawa naik. Untuk sesi kedua kitorang tukat tempat untuk menjaring. Kitorang biarkan pukat tersebut semalaman manalah tau hasil yang melekat nanti lumayan. Boleh gak bukak meja jual ikan sungai tepi jalan. Tapi bila keesokan hari masa mengangkat jaring tersebut, agak mengejutkan kerana jaring yang dipasang tergantung. Air dah surut jadi jaring yang dipasang pun tergantunglah atas darat. Hasilnya dapatlah seekor keli dan ikan Patong yang dah mati jadi ikn kering. Baru plan nak masak asam pedas. Hahaha.....ni lak habuannya bila menjadi nelayan amatur.hehe....

1 comment: