Friday, February 18, 2011

Al Jamali Channel : Work Under Progress















Hari Keempat : Air Surut tetapi naik semula
05 Februari 2011, Sabtu
Perkarangan Rumah Atuk yang dah ditenggelami

Pagi ni kitorang semua dah berpakat bila air mula surut saja kira-kira paras buku lali kitorang akan bergabung tenaga kemaskan dulu bahagian-bahagian yang patut agar senang nanti atuk aku nak mengemas rumah pula. Memandangkan hari itu cuaca agak cantik dengan langitnya yang cerah aku pun mulalah mengemas barangan-barangan yang tidak dapat diselamatkan macam majalah-majalah, kertas-kertas suratkhabar, frame-frame yang sudah terendam dan segala barang yang kira terpaksa dilupuskan. Banyak juga harta karun hanyut disekeliling rumah atuk aku yang aku jumpa. Ada tong gas, helmet, kasut, selipar, akuarium, baldi-baldi buruk, rim kereta dengan tayar pun ada aku jumpa.

Di sebelah dalam diorang mula bersihkan kawasan dimana tempat atuk aku jadikan tempat mengubat orang. Dan bila kawasan tu dah bersih semua barang-barang macam kusyen, tilam kerusi-kerusi dihimpunkan di situ dulu. Supaya memudahkan operasi pembersihan dijalankan. Selepas selesai bahagian yang di maksudkan mulalah dibersihkan bahagian ruang tamu. Air yang bertakung di dalam rumah dip am keluar menggunakan pam yang digunakan untuk air terjun kolam ikan. Bila selesai air disedut keluar dan pump water jet selesai menanggalkan kotoran degil lumpur yang melekat di sekitar rumah, dan selepas hamper keseluruhan rumah dibersihkan kitorang pun reharlah menghilangkan kepenatan.

Selepas itu kitorang bersihkan juga kawasan halaman setelah air kering sedikit. Di bahagian depan yang tidak dimasuki air dikering agar permukaan lantainya bersih dari sebarang lumpur dan kotoran. Kini hamper keseluruhan rumah atuk aku bersih kitorang kemas. Dan berharap agar air banjir tidak naik semula.

Pada keesokan harinya ketika aku mula bergerak untuk pulang ke Seremban aku sempat singgah ke rumah atuk aku untuk melihat keadaan semasa. Tetapi masa aku sampai kelihatan air banjir naik sedikit dan menenggelami halaman yang sudah dibersihkan semalam. Jadi memandangkan tiadanya lagi orang yang dapat membantu aku pun teruskan perjalanan pulang ke kota.

No comments:

Post a Comment