Tuesday, February 15, 2011

Al Jamali Channel : Liputan Berita Banjir









Hari Pertama : Bah Melanda Kesang
02 Februari 2011, Rabu
Perkarangan Rumah Atuk yang dah ditenggelami

Aku bergegas pulang ke Muar dengan segera bersama Wawan selepas mendapat panggilan yang mengatakan rumah atuk aku dinaiki air. Dan Apabila aku sampai di sana dalam jam 6.00 sudah tiada apa yang dapat dibuat, hanya melihat rumah ditenggelami air. Nasib baiklah parent aku dan sepupu aku dah sampai sejak malam semalam. Kalau tiada diorang kesian juga atuk aku nak memikul barang-barang untuk diselamatkan.

Memandangkan masa ketika itu hamper senja tak banyak yang dapat aku buat. Hanya sekadar memerhatikan saja rumah atuk aku tu. Nasib baik banjir kali ni tak seteruk yang pernah melanda tahun 2006 dulu. Masa tu merasa juga aku bila banjir dating melimpah ke rumah atuk aku, deras jua air yang datang masa tu. Cuma kali ni yang betul-betul teruk dekat area Segamat, sampai mendap rel keretapi.

Nampaknya matahari hampir melabuhkan tirainya. Hari yang kini mula samar-samar ditenggelami kegelapan. Mungkin esok hari yang cerah untuk aku melakukan sesuatu. Keadaan dalam rumah atuk aku masih tak tau lagi macam mana. Esok pagi je la aku menjenguknya semula. Dan mala mini aku terpaksa bermalam di rumah saudara aku dekat Muar.

2 comments: