Wednesday, February 16, 2011

Al Jamali Channel : Hari Kedua Dalam Sejarah













Hari Kedua : Air Masih Lagi Belum Surut
03 Februari 2011, Khamis
Perkarangan Rumah Atuk yang dah ditenggelami

Hari ni masuk hari kedua rumah atuk aku digenangi air. Tiadanya tanda-tanda air akan meningkat lagi, sama tinggimacam semalam. Tanda-tanda surutnya air pun belum lagi pasti memandangkan air yang masuk dari empang 5 Kesang masih laju seperti semalam. Cuma hari ini aku Berjaya berjalan ke kawasan seberang empang selepas air dia tidak berapa deras macam semalam. Memandangkan ada budak-budak yang mengikut aku takdelah teruskan sampai ke tebing sungai seberang. Air yang diharungi masa tu pun masih lagi deras sehingga mampu menghanyutkan pagar kandang kambing penduduk setempat.

Di empang banyak spesis akuatik yang terdampar di pintu air. Terdapat juga ular dan serangga berbisa yang hanyut dan terdampar di pintu air tersebut. Sesetengah kawasan yang sudah dipenuhi dengan samaph hanyut telah dihuni sebilangan besar katak-katak kecil yang biasa dijadikan umpan si kaki pemancing. Semalam masa aku dating ke empang ni kerja-kerja pembersihan sampah-sarap banjir giat dijalankan. Tapi hari ini aku tengok mata pengorek jentera tersebut habis haus dimakan air yang deras. Sungguh kuat kuasa air itu.

Hari ini pun seakan sama macam semalam, tak banyak aktiviti yang dapat dijalankanAku sempat masuk ke rumah atuk aku untuk lihat sendiri keadaan dalam rumah. Air yang aku harungi masa tu kira-kira paras peha juga dalamnya. Dalam rumah nasib baik tak sedalam tu sebab dalam rumah atuk tinggi sikit dari halaman rumah.Banyak juga perabut yang tak dapt diselamatkan. Termasuklah almari baru milik Pak Lan yang terendam dalam air walupun dah ditempatkan di atas katil besi. Dari situ menunjukkan yang air naik lagi pada malam semalam. Ada juga tilam dan kusyen-kusyen hanyut kerana kerusi yang menjadi tempat letaknya rebah menyembah bumi kerana reput dek air banjir.

Keadaan diluar rumah atuk aku berbeza dari di dalam, sebabnya meriah dengan riuh rendah suara kanak-kanak yang bermain dengan banjir tersebut. . Aku lihat macam-macam gelagat yang jadi masa-masa banjir ni. Ada yang bermain air, ada yang menjadi wartawan terjun, ada yang mengail dan menjaring ikan dan ada pula yang mengharungi banjir dengan berbagai teknik. Dah macam pesta. Aku juga sempat mempraktikkan teknik mengharungi banjir dengan cara yang unik, seperti yang tertera pada posting gambar-gambar aku tu.

Pada sebelah malamnya pula aku dan sepupu aku yang lain pergilah merayau Bandar Muar. Turut sama ketika itu parent aku dan atuk Jamali. Kitorang pun berjalanlah ke Uptown Muar bertentangan dengan Kastam Muar, bersebelahan OCBC Bank. Selepas itu kitorang merayap pula ke area Tanjung untuk melihat warga Muar bermain laying-layang dan menghabiskan masa bersama anak-anak mereka. Yang berbangsa Cina pula menyambut perayaan mereka dengan berjalan-jalan meluangkan masa di sekitar Tanjung Emas itu. Balik je ke rumah aku pun terus zzzz.....sehinggalah pagi esoknya menjelma kembali.

No comments:

Post a Comment