Sunday, July 11, 2010

Menuju Perubahan


Akhirnya tibalah saatnya blog aku mengalami sedikit perubahan dan tranformasi. Sedar tak sedar dah hampir setahun aku bertapak dalam penerbitan second blog aku ni. Untuk kehadiran blog aku version 2 kali ini aku telah menambahkan beberapa widget bagi memudahkan aku memantau segala aktiviti-aktiviti yang berlaku menerusi blog aku.

Aku juga dapat mengetahui berapa ramai readers yang jump-in ke dalam blog aku ini. Ini sedikit sebanyak dapat membantu aku dalam meningkatkan lagi mutu di dalam penulisan setiap artikel yang aku keluarkan. Aku juga telah memberikan kelainan ke atas logo image yang aku uploadkan selain mengubah sedikit layout image aku.

Jadi kepada semua readers yang sering mengikuti perkembangan diriku, rajin-rajinlah komen or maybe bertanyakan sesuatu yang korang kurang pasti serta ingin kongsi. Dengan adanya live jurnal dari aku ini dapat menyatukan lagi aku dengan semua penduduk seantero dunia. Dan menjadikan aku lebih dekat kepada semua. So inilah diari kehidupanku yang bukannya daily updated, kenalah mengikuti setiap perkembangan dariku, dari masa ke masa untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan kehidupanku seharian. Selamat Berhibur...

2 comments:

  1. terbaikss..bila nak pegi mandi manda.

    ReplyDelete
  2. entahlah, aku sabtu ahad pun keje skang. Dok kena jaga seminar student PJJ. Nantilah klu ade udang di laut....

    ReplyDelete