Monday, July 26, 2010

Malam Minggu yang Bingung








24, Julai 2010 Hari : Sabtu (All the great things happened on Saturday) Lokasi : Bandar Seremban Masa : 12.30 malam

Memandangkan kebosanan yang melanda jiwaku beberapa hari ni, aku cuba untuk mententeramkan jiwaku yang kusut berserabut. Aku pantas menelefon Awai dan bertanyakan plan malam minggu. Aku pun pergilah hang out serata bandar Seremban. Sementara menanti bahang malam minggu bermula aku pun lepaklah dekat stall mapley tepi Ruby Karaoke. Menikmati mee goreng sambil mencuci mata yang semakin mengantuk.

Settle je menjamu selera aku pun terus gerak ke A&W yang ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Keheningan malam diselang seli dengan deruman jentera yang mula menunjukkan taringnya. Dari GSR ke VTEC, Blacktop dan keluarlah turbo-turbo yang lain bergema disetiap pelusuk bandar Perlumbaan Seremban. Sambil menikmati deruman enjin sempat juga aku melihat kaki-kaki pancing yang leka memancing tanpa menghiraukan persekitaran yang bingit. Dapatlah dinaikkan talapia bersaiz tapak tangan serta udang galah yang tersesat.

Tunggu punya tunggu acara masih lagi belum bermula. Aku pun segera menukar lokasi dan menuju ke blok yang sebaris dengan HSBC Seremban. Dan di situlah bahangnya mula terasa. Ketika saatnya aku tiba dekat situ,ramai penonton yang sudah menebeng di bahu-bahu jalan. Ada yang datang dengan mobil standard ada juga yang dibikin bagaikan ngauman Godzilla yang kelaparan.

Sedang aku menyaksikan perlumbaan yang dah berlangsung, tibalah seorang kenalan lama yang aku pun baru kenal hari tu. Kitorang pun lepak sama-sama sambil berborak pasal hotel budget yang baru ke rush dengan MAINS betul-betul depan mata kitorang. Adalah beberapa mangsa yang tergadai maruahnya kantoi ditangan penguasa.

Kini jam di tangan menunjukkan pukul 2.00 pagi aku dengan Awai pun plan nak gerak lepak minum ke tempat lain plak. tapi disebabkan kehangatan yang mencucuk adrenalin membuatkan aku tahan sampai 15 minit untuk menyaksikan kesudahan jentera yang menguasai bandar Seremban. Dan dari kejauhan nun sayup dibelakang Shell Seremban, kelihatan cahaya biru memecut laju . Dan dengan sepantas kilat aku pun memcut pulang sebelum terkantoi dengan pak polisi. Rata-rata penonton yang ada semuanya memecut untuk keluar dari bandar Seremban dengan segera.

Akibatnya jalan-jalan utama di Seremban telah disekat. Beratus-rarus kereta power turut tersangkut dengan sekatan tersebut. Dan kesemuanya pun pura-pura innocent, termasuklah aku...hehe. Akhirnya aku stuck betul-betul depan A&W. Memang dah tak bley nak buat apa dah. Tunggu punya tunggu untuk melepasi sekatan, Awai dikejutkan dengan panggilan yang memberitahu member yang aku baru kenal tadi kantoi dengan GTi dia. Hai apa punya malang da.

Dipendekkan ceritalah ye " polis charge dia racing haram (celah mane), pastu polis detect dia pusing track sebanyak sembilan kali (pelik sebab dia lepak dengan kitorang,macam mana plak boleh pusing sampai sembilan kali), and the results is mamat tersebut telah digari dan disumbat ke dalam jel bersama lagi enam pemilik kenderaan yang kantoi dalam sekatan tersebut. Dan mereka yang terlepas dari ditahan telah remp dengan sekuat hati di gate IPD Seremban 2 sebagai tanda menang. Dan disitulah kita dapat melihat sejauh mana ketelusan anggota yang bertugas.

"Yang ditangkap salah, yang lepas bermaharajalela". Demi mengetahui keputusan pihak yang berwajib,aku, Awai dan Ijam pun tunggulah sampai pukul 5 pagi. Setelah keputusan memang tiada yang dapat keluar, kitorang pun blah dari IPD tersebut dan lost contact dengan mamat tersebut sehinggalah hari ini. Jadi kepada penggemar perlumbaan di malam minggu, kepada yang parking kereta tu pastikan korang melindungi plat korang dari dicam oleh pihak berkuasa. Jaga-jaga cik Salmah gerak-geri anda diperhatikan.

No comments:

Post a Comment