Wednesday, December 2, 2009

Ternoda atau Dinodai...



Cuba korang perhatikan gambar yang telah aku uploadkan tersebut. Apa yang korang nampak. Gambar tiga ekor kucing yang sedang bersantai di bawah samara-samar sinaran matahari petang. Apa lagi yang korang nampak. Nampak seekor anak kucing berwarna hitam sedang menyusu. Dan apa pula yang dibuat seekor lagi yang berwarna oren tu.

Hehehe…samalah macam baby mioww yang hitam comel tu. Aku tak bolehlah nak marah-marah sebab diorang tu kucing bukan orang macam kita. Menurut sumber maklumat yang aku terima kucing oren tu adalah anak yatim. Sebabnya mak dengan ayahnya dah takde. Ada yang katakana mak dan ayahnya dibaham harimau. Wallahualam. Biasalah lumrah kehidupan alam. Setiap yang hadir akan pergi jua.

Apa yang dapat kita lihat disini, sedangkan haiwan sayangkan anak-anaknya inikan pula manusia. Nilah yang dinamakan berkongsi kasih sayang. Tetapi kita sebagai manusia ni nak berkasih sayang pun biarlah bertempat. Janganlah yang bukan muhrim pun kita sayang-sayangkan. Bak kata pepatah “Merpati pulang ke sarang, Gagak datang menumpang”. Renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment