Thursday, December 31, 2009
Kebun Warisan
25 Disember 2009, Jumaat
Lokasi : Kebun Warisan @ Merlimau, Melaka
Kali ni aku nak bawa korang menerokai kebun atok aku yang terletak di Merlimau. Kebun yang betul-betul banyak memberikan hasil suatu ketika dahulu. Tapi sekarang ni kebun ni terbiar tanpa ada orang yang menjaganya. Maklumlah atok aku pun dah tua. Lagi satu pengangkutan nak kesana tu agak terbatas. Kalau naik kereta okay lagi tapi memandangkan naik motorsikal agak bahaya jadi tiada lagi orang yang kesana untuk mengusahakannya.
Setelah berbelas tahun aku tak kesana, kini aku datang balik untuk melihat sendiri keadaan kebun tersebut. Aku telah pergi bersama Pak Lan, Emey dan Wawan yang turut sama menyertai eksplorasi menjejaki Kebun Warisan tersebut. Nak katakan saiznya aku tak dapat nak anggarkan secara tepat sebab melihat kawasan sekelilingnya boleh dikatakan besar.
Terpikir sejenak aku macam mana kebun yang begitu besar diusahakan atok aku pada masa dulu. Ditambah lagi jarak perjalanan dari Kesang ke Merlimau yang jauh, laluan yang agak kecil pada waktu tersebut. Serta ancaman dari haiwan peliharaan mahupun binatang liar. Kedudukan kebun tersebut dikelilingi hutan sawit. Juga terdapat beberapa penempatan di sepanjang jalan ke kebun dan perkampungan tidak berapa jauh dari kebun tersebut.
Teringat aku masa aku kecil-kecil dulu kebun tersebut pernah menjadi tempat aku bermain perang-perang. Masa tu kira tak complete gak aksesori aku. Berbekalkan seluar celoreng askar, singlet dan satu Rifles aku pun pura-pura menjadi Rambo. Naik bukit turun bukit, merangkak, menyorok lepas tu menembak sasaran. Macam komando terlatih.
Masa tu boleh dikatakan kebun tersebut bersih lagi dan terhindar dari pokok liar serta semak samun. Aku ingat lagi masa aku kutip buah kopi serta panjat pokok rambutan. Cuma yang agak kurang enak adalah nyamuk yang datang menggigit. Nak je aku suruh lembu gigit balik nyamuk tu sampai hancur. Tulah antara pengalaman aku masa kecik-kecik dulu dekat kebun tersebut.
Selepas hampir setengah jam kitorang disana, selesai saja ziarah kebun tersebut dan misi kitorang berjaya kitorang pun menuju kedestinasi seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment