Wednesday, December 2, 2009

Aidil Adha ke-3



29 November 2009, Ahad
Lokasi :- Lebuhraya Utara-Selatan, Persimpangan Pedas-Linggi

Hari ini genap 3 hari kita menyambut hari yang mulia iaitu Hari Raya Haji. Setelah kita bertemu dan berkumpul bersama sanak-saudara menghabiskan masa beristirehat, kini tibalah masanya untuk kita pulang bagi menjalankan tugas seperti biasa di kota-kota besar.

Jalan raya yang dulunya lengang, tidak dihujani dengan kesesakan lalulintas kini dibanjiri dengan jutaan kereta yang dalam perjalanan dan tujuan yang sama. Ke destinasi seterusnya. Bermula di awal pagi sehinggalah gelap langit disinari cahaya rembulan dan binang-bintang yang mengerdip menerangi awan. Kereta yang membanjiri jalan dan juga lebuhraya kian rancak. Tiada putusnya sehinggalah disuatu ketika.

Kenderaan mula bergerak perlahan, merangkak dan tersengguk-sengguk seperti unta yang kehausan. Tatkala tiba masanya juga kenderaan pun berhenti untuk satu jangka masa yang lama. Dari seminit, naik ke dua minit dan seterusnya. Manusia mula berpandangan sesama manusia. Hilangnya pertimbangan dan kewarasan di minda, Marah mula menyelubungi diri dan perasaan. Tiadala lagi kesabaran yang tertanam di diri semenjak azali.

Manusia mula memandu ikut suka hati. Ada yang memecut laju dan sambil mencelah. Tidak kurang juga yang mengambil jalan mudah dengan mengikut laluan kecemasan. Dan bila Si Rempit bermaharalela di jalanan, tanpa adanya halangan. Mereka hilang di sebalik kesesakan. Kesesakan yang diciptakan kita sendiri. Inilah erti kemajuan yang kita cipta, dan ini jugalah kemajuan yang menyusahkan kita.

Walau setinggi mana bayaran yang kita taburkan, tetapi jalan yang kita lalui tetap sama setiap kali tibanya saat perayaan. Ambillah ini sebagai peringatan dan iktibar agar ia akan mendidik kita, menginsafkan kita agar berkhidmat dengan lebih sempurna.

No comments:

Post a Comment