Thursday, December 31, 2009
Latihan Keras Tangan dan Menguatkan Otot
25 Disember 2009, Jumaat
Lokasi : Ladang Ubi Kayu tepi jalan, Rumah Atok Aku
Petang ni tiba-tiba Majid mengidam nak makan ubi kayu goreng. Jadi dia pon ajaklah aku pergi gali ubi. Aku pun pergilah cari pokok yang betul-betul berkualiti untuk keluarkan ubi yang bermutu tinggi untuk dijadikan hidangan minuman petang. Belek punya belek tenung punya tenung aku pun jumpalah pokoknya. Sebanyak tiga batang pokok yang ditumbangkan pada petang tersebut. Tetapi cuma sebatang saja yang betul-betul bermutu tinggi dan boleh dikomersilkan untuk pasaran luar negara.
Selepas digali keluar ubi-ubinya Majid dengan atok aku pon membuang kulitnya untuk diambil isinya. Selepas siap semua itu atok aku pon goreng lah ubi tersebut serta menyiapkan sambal yang akan dimakan bersama ubi goreng tersebut. Baki ubi yang selebihnya yang belum menjalani pemprosesan telah Majid ambil untuk dibawa pulang ke Johor Bahru. Selepas ubi-ubi tersebut siap dimasak dan dihidangkan semua yang ada di kampung menikmati minuman petang iaitu ubi goreng cicah sambal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment