Wednesday, December 2, 2009

Jualan Hebat, Harga pun hebat


30 November 2009, Isnin
Lokasi :- Parkson Seremban Parade, Seremban

Hujung tahun macam biasalah kebanyakan pasaraya mega akan mengadakan lelongan barangan-barangan yang ada dalam stok mereka. Walau macam manapun cara yang dilakukan stok barangan yang ada dalam simpanan perlu dihabiskan untuk mendapat bekalan yang baru. Ditambah pula dengan jualan hujung tahun atau lebih dikenali dengan Year End Sale (YES). Maka menggalakkan lagi penyertaan besar-besaran untuk semua peniaga-peniaga kecil mahupun yang besar.

Hari ni aku tidak terlepas untuk melihat sendiri bagaimana ghairahnya rakyat kita bila lelongan besar-besaran diadakan. Bermula dari 26 November sehingga 1 Disember, gedung membeli-belah Parkson telah mengadakan Jualan Gudang Ekstrem. Aku tak taulah samada seluruh Parkson yang ada dekat Malaysia ni join event ni atau hanya dekat Parkson Seremban saja.

Aku pun beleklah baju-baju yang dijual sempena jualan tersebut, bila aku semak betul-betul penurunan harga baju dia memang begitu rancak. Boleh dikatakan selang beberapa jam harga terus menurun. Seperti contoh jika baju tersebut berharga RM 80 setelah dilelong harga baju tersebut Cuma belasan ringgit. Tetapi bukannya semua brand yang diturunkan harga cuma barangan branded yang tertentu sahaja.

Macam biasalah kalau aktiviti macam ni kenalah diingatkan konsepnya, “Siapa Cepat, Dia Dapat”. Bagi yang lelaki gelak sakan melihat gelagat kaum hawa yang berpusu-pusu dan ada juga pertengkaran kecil hanya kerana nak kan barangan yang dilelong tersebut. Bab memilih memang pack, lagi sesak masa nak bayar dekat cashier counter. Yang aku respek sebab diorang sanggup beratur panjang hanya untuk membayar barang-barang mereka. Kalau barang yang diambil tu banyak kira berbaloilah. Tetapi kalau sikit buat lenguh kaki dan buang masa saja. Biasalahkan ragam kehidupan.

No comments:

Post a Comment