Wednesday, December 2, 2009

Rendang Hijau Daging Kerbau


26 November 2009, Khamis
Lokasi :- Iron Chef Kitchen, Seremban

Rendang boleh dikatakan antara menu wajib setiap kali tibanya perayaan seperti Hari Raya. Selain itu rendang juga sering dihidangkan untuk acara-acara tertentu. Rendang memang enak bila dimakan bersama dengan lemang mahupun ketupat. Berbagai jenis rendang yang terdapat di Malaysia ni. Dan yang paling kerap kita dengar adalah Rendang Tok dan juga Rendang Hijau. Mungkin ada diantara korang pernah makan rendang hijau. Rendang yang dimasak dengan menggunakan cili api yang dikisar. Setiap kali tibanya Hari Raya, ayah aku sering masak rendang hijau yang sudah menjadi kesukaan sanak-saudara aku.

Cuma tahun ini, memandangkan ayah aku ada urusan lain maka rendang hijau kali ini disediakan emak aku dan dibantu sikit oleh aku. Yang membuatkannya lain sebab rendang hijau kali ini sudah difusionkan sedikit. Maklumlah emak aku orang Johor so rendang ni dah dihibridkan sedikit. Dengan menggunakan daging kerbau, dicampur dengan cili api giling menaikkan aromanya yang begitu harum. Selama sejam lebih aku mengacau rendang tersebut sehingga kering dan jadi seperti yang dikehendaki. Akhirnya siap sudah rendang itu.

No comments:

Post a Comment