Wednesday, December 2, 2009

Sesi Melalak Di Pagi Buta


22 November 2009, Ahad & 24 November 2009, Selasa
Lokasi :- Ceria Box Karaoke, Kajang

Aku, Hafiz dan Awai telah berkunjung ke Ceria Box Karaoke yang bertempat di Kajang setelah mendapat kata sepakat dalam perbincangan yang diadakan di rumah Hafiz. Setelah membayar sewaan bilik karaoke selama sejam aku bertiga pun mulakan aktiviti yang telah dirancang. Permulaan nyanyian dimulakan dengan Hafiz yang aku pun tak tahu menahu lagu yang dinyanyikannya itu. Dituruti pula oleh Awai dengan sebuah lagu dari AXL’s.

Kemudian aku meneruskan acara malam tersebut dengan diiringi lagu dari May – Sketsa Sebuah Cinta sebagai pemanas untuk nyanyian aku malam itu. Dan diulangi semula dengan giliran Hafiz,Awai dan kembali ke aku. Begitulah yang berlangsung selama sejam. Seingat aku ada lebih kurang 12 lagu yang dinyanyikan malam tu.

Antara lagu-lagunya yang aku ingat S.Jibeng – Inai di Jari, Sudirman – Tak Perlu Diucapkan, The Beatles - With Love From Me To You, Zaiba, Jamal Abdillah, Saleem, Zamani – Isabella, Awie – Dipenjara Janji, Sudirman – Milik Siapakah Gadis Ini. Dan lagu-lagu yang lain tu aku tak ingat sebab tak pernah dengar.

Selama acara nyanyian yang berlangsung selama sejam itu, jaguh nyanyian pada hari tu sudah tentulah Awai dengan suara uniknya. Memang boleh dapat anugerah penyanyi karaoke sejati. Anyway aku puas walaupun bernyanyi hanya sejam sebab dapat juga melalak setelah sekian lama aku tidak berbuat demikian. Seperti kata pepatah “bersuara biarlah berbunyi, bagaikan singa menayang gigi”.

No comments:

Post a Comment