Thursday, December 31, 2009

Global Warming



Mungkin sekarang kita merasa kepanasan yang melampau bila mulanya terik mentari bermula waktu tengah hari sehinggalah ke lewat petang. Ditambah lagi dengan cuaca yang kering dan berdebu meningkatkan lagi kadar penyakit di kalangan manusia sejagat. Fenomena ini bukan dirasa di negara kita sahaja malahan turut sama dialami di seluruh dunia.

Saban hari kita melihat kesan yang terjadi terhadap dunia kita yang sudah mula mereput dek kepanasan yang melampau ini. Fenomena yang juga berkaitan dengan El Nino iaitu satu faktor yang terjadi atas sebab peningkatan kadar suhu dunia. Isu Pemanasan Global ini turut mewarnai dunia politik sejagat dimana adanya perbincangan yang mencapai kata sepakat juga yang membawa kepada pertelagahan pendapat. Sekaligus mencalarkan imej dasr untuk memulihkan kembali alam sekitar dunia.

Dengan pembakaran dari bahan api fosil yang berleluasa serta pembakaran terbuka yang terjadi di beberapa buah negara telah menyumbang kepada peningkatan ini. Kesannya bumi yang kita diami ini terasa bahang kepanasannya yang seakan membakar sel-sel kulit kita. Selain itu bentangan ais yang luas di Antartika juga kian mencair dan ini telah menyebabkan paras air laut dunia mula meningkat.

Bila ais semakin cair ini juga akan menyebabkan suhu dunia kita meningkat kerana arus air sejuk yang bertembung dengan arus air panas yang tidak sekata. Dan disebabkan pertembungan itu pula telah menyebabkan sesetengah kawasan menerima ribut yang melampau. Tiupan angin yang boleh mencapai kategori 3, kategori bahaya. Selain itu teras bumi kita turut sama menerima tempiasnya di atas pemanasan global ini. Setiap hari pasti ada berita mengenai gempa bumi dan juga letupan gunung berapi.

Bila lapisan Plat tektonik bergerak dan menghasilkan gelinciran inilah yang menyebabkan terjadinya gempa serta letupan gunung berapi. Sementara itu ia turut menyumbang kepada terjadinya Tsunami yang membiasakan. Seperti yang telah terjadi pada tahun 2004 yang telah mengorbankan lebih 200 000 penduduk di serata Asia akibat gelombang yang telah terjadi di kepulauan Acheh.

Seperti yang dipaparkan dalam cerita 2012, kita akan dapat melihat fenomena yang telah dirungkaikan ini. Kini berbagai cara telah dijalankan bagi membendung pemanasan global ini. Seharusnya sikap cintakan alam sekitar mula ditanamkan di dalam diri anak-anak kecil semenjak di bangku sekolah lagi. Jika semua ini gagal dilaksanakan tidak mustahil suatu hari nanti bumi kita akan musnah dan pupus tanpa meninggalkan keindahan yang ada kini untuk tontonan generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment