Thursday, December 31, 2009
Aktiviti Hujung Minggu
26 Disember 2009, Sabtu
Lokasi : Padang 1, Perkarangan Stadium Muar
Masa aku dekat Muar haritu aku, Pak Lan, Emey dengan Wawan berkesempatanlah untuk menonton perlawanan persahabatan diantara Majlis Perbandaran Muar (MPM) menentang pasukan jemputan iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Masa kitorang sampai pon game dah start lebih 20 minit so result first-first memang kitaorang tak tau. Cuma yang aku tau separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat 1 sama.
Kemudian di separuh masa kedua tidak sampai 5 minit permainan berlangsung bolos sebiji lagi gol di gawang gol tuan rumah. Disebabkan rentak perlawanan yang begitu lembab membuatkan aku terleka sehinggakan berapa gol sebenarnya pon aku tak ingat. Dan yang pasti tuan rumah kalah pada perlawanan tersebut.
Walau pun kalah dalam permainan, tetapi pasukan tuan rumah menang di bahagian penyokongnya. Dengan sorakan football fanatik mahupun Maniacs dan Hooligans yang memeriahkan lagi perlawanan itu. Sorakan serta kutukan sinis yang bertubi-tubi juga turut kedengaran. Biasalah adat perlawanankan Ada yang Menang dan Ada Yang Kalah. Jadi berusahalah dengan penuh kesungguhan untuk mencapai kejayaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kat stadium muar ker nih??
ReplyDeletedulu masa aku kecik2 aku pernah lumba haram kat track stadium muar tuh sekitar tahun 1987-1989 (lumba basikal)...bajet nak lumba 5 round, satu round jer dh *lengit.
*lengit (kata org muor) = pancit (kata org kolumpo)
Aah Yan. Tapi ni kat padang luar sebab masa game ni ada sukan Johor pulak.
ReplyDelete