Wednesday, December 2, 2009

Rubick Cubick Syndromizes


29 November 2009, Ahad
Lokasi :- Ruang Tayangan Umum, Muar

Aku pasti semua orang tahu mengenai sejenis permainan yang telah lahir setelah sekian lama lagi. Event masa aku masih bergelar seorang baby pun benda ni dah wujud. Tahniah kepada pencipta permainan yang menguji minda yang turut dinamakan sempena namanya iaitu Kiub Rubick. Kegemilangan kiub kecil ini benar-benar mencapai luar batasan kerana kini sudah diadakan pertandingan di serata dunia.

Seperti yang dapat kita lihat, kini sudah banyak lahir komuniti yang berkaitan dengan kiub Rubick ini. Kita juga dapat melihat rakaman video yang telah dimuat turun ke laman seperti Youtube.com, Metacafe dan vodcast yang lain. Seperti satu footage yang pernah aku tengok dalam tv, seorang nerd yang menggilai kiub Rubick ini sampai sanggup bertanding dengan matanya tertutup dan dia berjaya menyelesaikannya dalam masa 17 minit. Selain itu ada juga yang sempat buat aksi lain sambil sebelah tangan lagi menyelesaikan kiub Rubick ini.

Kebanyakan penggemar kiub Rubick yang telah ditemubual melalui rancangan itu berkata, mereka akan berusaha memecahkan rekod mereka dari satu masa ke satu masa. Dari seminit sehinggalah ke beberapa saat sahaja. Kegilaan orang terhadap kiub ini telah membuatkan lahirnya cerita yang berkonsepkan kiub Rubick seperti Hellraiser. Selain berbentuk kiub, kiub Rubick kini juga turut mengorak langkah dimana terdapat permainan yang seakan sama, cuma ia berbentuk segitiga. Untuk menyelesaikan kiub Rubick ini adanya formula tertentu yang perlu diingati para pemain. Pada permulaan memang rumit untuk mengingati formulanya tapi lama-kelamaan kita akan mahir dengan setiap langkahnya.

Kini ahli keluarga aku juga turut sama meminati permainan kiub Rubick ini. Bermula dari adik saudara aku kini ia telah berkembang seramai 7 ahli kesemuanya. Mungkin jumlahnya akan meningkat dari semasa ke semasa. Dan rekod terpantas kini adalah selama 2 minit 15 saat yang dipegang adik saudara aku Kamalia. Diikuti pula Pak Lan Busu selama 3 minit lebih. Sehingga kini diorang masih lagi berusaha untuk menyelesaikannya sehingga tiba masa yang terpantas dan boleh memecahkan rekod dunia kelak. Chaiyouk….

No comments:

Post a Comment