Wednesday, December 2, 2009

Aku Ada Belaan


Setiap manusia yang hidup dimuka bumi pasti segelintirnya ada yang menyimpan belaan. Bermacam jenis belaan yang dijaga dengan cukup sempurna. Ada belaan yang baik dan ada juga yang salah. Jika adanya halal maka adalah juga haram. Begitu juga dengan pengamal-pengamal ilmu tertentu yang masih mengamalkan simpanan belaan-belaannya ini. Dari Saka, Hantu Raya, Jin, Jenglot, Toyol dan belaan-belaan yang diluar kotak pemikiran kita. Setiap belaan tersebut ada tujuannya serta tugasan mereka yang tertentu.

Sejak dari zaman nenek moyang kita lagi, manusia sering diganggu dengan pelbagai masalah. Ada yang mengambil jalan mudah dengan menjadikan belaan mereka sebagai pelindung mahupun sebagai penjaga untuk segala perkara. Dan setiap keringat yang telah dikeluarkan pasti ada balasannya melalui perjanjian yang telah dibuat melalui pemilik belaan tersebut.

Aku juga tidak nafikan turut menyimpan belaan aku. Belaan yang menjadi peneman dikala aku rasa bosan. Tetapi belaan aku ini boleh dikatakan baik. Maklumlah dia cuma akan hadir bila aku panggil dengan panggilan tertentu. Cuma aku bukanlah bela jin, saka atau segala yang aku dah nyatakan tadi. Hehehe…. Aku ada bela Mioww. Ya, kucing yang juga binatang kesayangan nabi. Kucing ni asalnya kucing liar selepas kerap parent aku bagi makan akhirnya kucing ni terus syok tinggal dekat sini. Kalau dulu kucing ni cuma makan nasi dengan ikan. Tapi sekarang dah advance sikit sebab dah makan Friskies palet.

Kucing ni manja sangat-sangat. Setiap kali aku lepak saja dekat luar mesti dia datang. Dengar saja suara aku mesti dia dah tercegat depan pintu. Bila aku duduk saja dekat kerusi terus dia melompat dekat riba aku lepas tu tido. Macam tulah gerak geri dia setiap kali aku lepak dekat luar.

No comments:

Post a Comment