Thursday, December 31, 2009

Pameran Orkid





24 Disember 2009, Khamis
Lokasi : Tapak Paroi Camp, Paroi

Aku berkesempatanlah untuk berkunjung ke Pameran Orkid yang berlansung di Paroi Camp, bertentangan dengan Tepian Gelanggang. Pameran ni banyak tertumpu kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian. Banyak gerai yang menjual pokok-pokok tanaman hiasan juga pokok buah-buahan. Selain itu terdapatnya tapak khas yang mempamerkan koleksi orkid-orkid yang jarang ditemui serta yang terpilih.

Kebanyakan orkid-orkid yang dipamerkan adalah yang menyertai pertandingan orkid. Antara yang menjadi tarikan aku di pameran tersebut adalah deretan orkid yang kalau ditengok sekali imbas macam orkid plastik yang dijual di kedai-kedai hiasan dalaman rumah. Turut menjadi daya tarikan dan dijual adalah spesis pokok periuk kera.

Di pameran tersebut juga dihimpunkan usahawan bumiputera yang menjual pelbagai produk seperti pakaian, ubatan tradisional, gerai-gerai makanan serta cenderamata. Terdapat juga figura adiwira Batman yang besar mengawasi permainan kanak-kanak disitu. Pada malam tersebut juga turut diadakan pertandingan karaoke anjuran pihak penganjur dan urusetia Pameran Orkid serta di keeseokan harinya pula diadakan pertandingan Battle Of The Band.

Diharap agar pada masa-masa akan datang akan diakan lebih banyak lagi aktiviti sebegini bagi mendidik masyarakat terdapat tumbuhan alam sekitar. Selain itu ia turut dapat memupuk remaja kita untuk mengenali dengan lebih dekat usaha penanaman dan pemuliharaan alam sekitar berdasarkan tumbuhan dan tanaman.

No comments:

Post a Comment