Wednesday, December 2, 2009
Teratai Madu di Parit Layu...
Aku sampai saja dekat kampung hari tu, terperanjat tengok parit yang terdapat depan rumah atuk aku sudah bersih. Padahal aku rasa diorang baru saja bersihkan dulu. Selain itu terdapatnya perubahan di sekeliling kawasan Lebuh AMJ, Alor Gajah – Muar Bypass. Banyak pokok-pokok baru ditanam di persimpangan nak masuk ke rumah atuk aku. Dulu sebelum dibersihkan parit tersebut, penuh pokok teratai liar yang aku pun tak tahu dari mana datangnya benih teratai tersebut. Sehinggakan kerap dikunjungi pelbagai masyarakat. Ada yang bertaraf To Sami Buddha, Photographer dan juga si kaki pancing yang sudah lama mendominasi parit tersebut.
Sebelum wujudnya Lebuh AMJ tu dulu, sepanjang parit tersebutlah tempat aku bermain. Dulu kampung kitorang tidak terpisah untuk pergi ke Pintu Air yang kini terdapat di seberang Lebuh AMJ tersebut. Kereta yang banyak juga menyukarkan perjalanan untuk anak-anak kecil pergi ke pintu air tersebut. Memandangkan risiko dari segi keselamatan mereka. Pintu air tersebut juga, kini lengang. Jika tidak dulu penuh dengan kaki pancing yang ingin menduga cabaran menangkap udang galah mahupun toman liar dan spesis ikan-ikan yang lain.
Aku mendapat berita yang ada pihak ingin membangunkan parit tersebut untuk menjadi taraf taman. Taman Teratai disebabkan banyaknya teratai suatu ketika dulu. Ada baik dan buruknya niat untuk menaik tarafkan parit tersebut. Yang baiknya, bila siapnya taman tersebut kelak maka bersihlah depan rumah atuk aku dari semak samun. Tak perlulah atuk aku nak bersusah payah lagi mengangkat sabit untuk menebas belukar tu. Yang buruknya pula takut taman tersebut senasib macam Taman Rekreasi Kesang yang terbiar dan tidak terurus.
Beca besar yang pernah menjadi kebanggaan suatu masa dulu kini menjadi tempat persinggahan pasangan kekasih yang sesat di tengah-tengah jalan, yang cuba menghilangkan dahaga dan kehausan. Turut sama menjadi kawasan perumahan momok-momok yang berkelana dan ditemani dengan kawasan pembiakan nyamuk,semut,lipas,ular dan biawak. Malahan kedai yang beroperasi di lot perniagaan yang disediakan cuma berapa kerat saja yang masih beroperasi. Bukan tu saja keburukan yang bakal terjadi, tiadanya lagi privasi untuk kitorang andai kata nak bersantai depan rumah. Andai ingin diteruskan juga projek tersebut, pihak berwajib perlulah melaksanakannya dengan pengurusan yang cekap. Janganlah ibarat “Indah Khabar dari Rupa sahaja”, kemajuan yang ingin dicari tetapi kehancuran yang kunjung tiba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment