Tuesday, March 2, 2010

Warung Tepi Jalan Taman Saujana



Lokasi : Bersebelahan lot kedai DI Taman Saujana, berdekatan dengan Hentian Bas

Baiklah aku nak perkenalkan dekat korang semua satu lagi kedai makan yang sering dikunjungi pengguna-pengguna Jalan Lebuh AMJ. Kedai yang turut menjadi tempat perhentian lori-lori besar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi mereka. Warung ini terletak betul-betul di dalam kawasan Taman Saujana tidak berapa jauh dari Stesyen Timbang JPJ. Jadi andaikata korang dari Melaka nak ke kedai tersebut kenalah buat pusingan u di persimpangan Parit Karang yang terletak berdekatan Sekolah Rendah Kebangsaan Parit Karang.

Antara yang istimewanya kedai ni adalah Mee Supnya memang menjadi faveret menu aku setiap kali kesitu. Kedai ini beroperasi dua sesi dimana dia dibuka seawal jam 7 pagi sehinggalah pukul 11.30 pagi. Kemudian disambung pula pukul 4 petang sehinggalah pukul 12 malam. Untuk menu pagi terdapat pilihan makanan seperti Lontong, Mee Sup, Mee / Mee Hoon / Nasi Goreng, Nasi Lemak dan juga Rotinya yang cukup garing serta lembut. Manakala di sebelah malamnya pula warung ini menjual pelbagai jenis menu makanan untuk juadah korang semua. Terdapat juga Nasi Lemak yang berbungkuskan daun pisang ditambah pula dengan sambalnya yang pekat, pedas memang betul-betul menyengat. Harganya, jangan terperanjat kalau aku katakan 50 sebungkus. Betul-betul nostalgia beb.

Jadi andaikata korang dalam pemanduan pulang ke Melaka ataupun tempat-tempat lain dan jika melalui jalan tersebut bolehlah singgah sebentar untuk menikmati sendiri mee supnya yang bagi aku boleh tahan dengan rasanya yang secukup rasa. Ditambah pula dengan ayam yang diracik-racik halus memudahkan lagi korang untuk menghadamnya. Akhir kata singgah-singgahlah sebentar untuk korang menghilangkan kepenatan serta ngantuk akibat memandu terlalu lama. Apa yang penting “ Mesti Marii ”.

No comments:

Post a Comment