Thursday, March 4, 2010

Bila manusia berpusu-pusu pulang ke kota





16 Februari 2010, Selasa
Lokasi : Lebuhraya tempat kereta lalu lalang

Pada mulanya jalan yang kitorang lalu ni bergerak dengan lancar tanpa adanya sebarang halangan. Cuma keadaan masa tu pun sesak sket dengan kenderaan. Tetapi tidak mendatangkan kesesakan lalulintas. Tapi keadaan mula berubah apabila kitorang tiba sahaja kawasan yang berhampiran dengan Susur Keluar ke Plaza Tol Pedas – Linggi. Memang setiap tahun andai kata adanya perayaan yang besar, kesesakan lalulintas pasti bermula di kawasan tersebut. Inilah yang membuatkan aku musykil, pelik serta hairan bin ajaib.

Bukannya bila tiba Tahun Baru Cina sahaja, tetapi setiap kali menjelang tibanya perayaan yang besar pasti akan sesak area tersebut. Bagaikan satu sumpahan. Bila kita kaji balik pasti ada sebab kenapa berlakunya kejadian tersebut. Kesesakan akan terjadi bermula di Plaza Tol Seremban sehinggalah memanjang ke Plaza Tol Pedas – Linggi. Mungkin tindakan harus diambil bagi menangani isu ini dari terus berlarutan. Kelihatannya seperti perlunya pengubahsuaian yang drastik terhadap kawasan persimpangan di tiga buah kawasan yang penting iaitu di:

- Plaza Tol Senawang
- Plaza Tol Rasah - Port Dickson
- Plaza Tol Seremban

Dengan pembaikan pulih yang sewajarnya ke atas ketiga-tiga rumah tol ini sedikit sebanyak akan mengurangkan masalah kesesakan yang melanda. Melihat kepada ketiga-tiga plaza tol yang dinyatakan tadi ia adalah pintu gerbang utama dari lebuh raya untuk ke kawasan pentadbiran Negeri Sembilan yang terletak di Seremban dan juga Seremban 2. Selain itu ia juga jalan untuk menuju ke pusat komersil yang menjana pembangunan di Negeri Sembilan yang terletak di Senawang dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Mungkin terdapat perangkaan jangka masa panjang untuk projek yang dimaksudkan ini. Cuma masanya yang masih belum tentu kunjung tiba. Apa yang diharapkan agar pihak yang berwajib mengambil serius permasalahan ini bagi mengatasi kesesakan yang mungkin menjadi lebih teruk selepas ini. Dengan lambakan kereta di jalan raya saban hari, tidak menjadi mustahil yang perkara ini akan menjadi lebih rumit dan sukar kelak.

No comments:

Post a Comment