Tuesday, March 2, 2010

Bila Dunia Retro Diputar Kembali


8 Februari 2010, Isnin
Lokasi : Tanjung Agas, Muar

Aku minat dekat modifikasi kereta ni. Sampai minat aku tu membawa ke proses digital tuning yang sering aku buat dengan Adobe. Apa yang buat aku teruja kali ini bila terlihat sebiji kereta di dalam kategori Oldskool Retro yang dimake-up cantik. Sempoi dan ringkas tetapi betul-betul menimbulkan nostalgia. Skali imbas melihatkan kereta tersebut setaraf dengan muscle car yang berkelana dijalanan sekitar USA. Aku tak tau kereta tersebut dari model apa. Samada Toyota, Datsun, Ford mahupun Audi. Tapi cutting dia memang slim habis. Dengan warnanya yang striking ditambah lagi dengan gabungan elemen chrome menyerlahkan lagi keklasikan kereta tersebut. Memang pemiliknya seorang yang berjiwa klasik dan dia berjaya menimbulkan kembali aura kereta tersebut. Cayalah bro…

No comments:

Post a Comment