Tuesday, March 2, 2010

Converse celup acuan kilang


7 Februari 2010, Ahad
Lokasi : Rumah Atok Aku, Muo lerr

Hari ini aku mendapat tugasan dari atok aku untuk menyapu laman rumah yang penuh dilitupi daun-daun kering yang berguguran. Kalau aku kaut daun-daun akibat luruh tersebut penuh satu swimming pool bersaiz kolam mandi untuk kanak-kanak dekat resort Bank Negara Malaysia dekat Port Dickson tu. Sedang aku menyapu terjumpalah aku selipar yang ditinggalkan di sebalik rumput-rumput liar yang tumbuh. Aku tak perasan lagi brand dia masa tu sebab aku mencapainya sekali imbas.

Dan selepas siap menyapu sambil aku bersandar di kerusi plastik dekat laman rumah aku tenung punya tenung baru aku perasan selipar jepun tersebut brand Converse. Aku pun datanglah dekat selipar tersebut sebab seperti satu aura yang menjadi tarikan untuk aku ke situ. Bila aku tengok balik aku tergelak, beriya iya aku datang bila tengok betul-betul bukanlah Converse seperti yang aku terlihat tetapi hanyalah brand saduran cap ayam iaitu Canverse. Jadi andaikata korang nak membeli sesuatu produk tersebut. Lebih-lebih lagi jika ingin barangan yang berjenama belek-beleklah dulu labelnya dulu. Takut lain yang dibeli lain pulak yang jadi. Patutlah dalam belukar diamnya selipar Canverse yang mahai tu.

No comments:

Post a Comment