Sunday, March 7, 2010
Bila Musang Membawa Anak-Anaknya Melawat Kawasan Kejiranan
22 Februari 2010, Isnin
Lokasi : Belakang Rumah, Dekat kawasan pokok Delima dan Ciku
Hari ini aku dikejutkan dengan kehadiran dua ekor anak musang yang masih lagi kecil dan mentah. Ayah aku yang perasan kehadiran musang-musang ni bila dia membuat rondaan setelah mendengar bunyi ganjil di belakang rumah. Disangkakan tikus rupanya si Musang yang datang untuk mengisi perut mereka. Dalam percubaan pertama yang dilakukan oleh aku dan ayah aku tidak berjaya menangkap musang terbabit setelah ia terlepas dari kurungan yang dibuat dengan menggunakan susunan atap batu.Walaupun ditutup dengan rapi musang yang lincah tersebut berjaya memboloskan dirinya dan menyorok di kawasan berhampiran.
Sedang aku menjejak kedudukan anak musang tersebut, tiba-tiba aku dikejutkan dengan seekor lagi musang yang entah dari mana tiba-tiba menjelma dan tergantung di pokok delima yang dipenuhi duri tersebut. Nampaknya taktik anak musang sekor tersebut berjaya dengan berlindung di pokok delima tersebut. Lama jugaklah aku dengan ayah aku tunggu sampailah ia mula mengalah. Sedang menanti yang sekor tu turun musang yang paling kecik tadi keluar dari persembunyiaanya dan mencari jalan keluar. Akhirnya selepas berjaya ditangkap, musang tersebut sekali lagi bolos dari baldi besar yang menjadi tempat duduknya.
Aku pun mengejar musang yang lepas tersebut dan ayah aku mengepung musang yang mula turun dari pokok tersebut. Musang yang aku kejar berjaya menyelinap keluar dan lalu menyorok di balik pasu yang terdapat di kawasan depan. Bila aku bergegas ke belakang ayah aku dah berjaya menangkap musang yang duduk di atas pokok itu. Dan kerana musang tersebut agak ganas dan merbahaya jadi terpaksalah kitorang lepaskan dia. Tapi sebabkan panik habis basah kuyup musang tersebut setelah masuk dalam kolam ikan aku sebanyak dua kali.
Apa lagi bercemperalah ikan-ikan dalam kolam tu menyelamatkan diri.Bila musang tersebut berjaya dikeluarkan ia terus hilang disebalik kegelapan malam. Rasa kesian plak sebab tengok musang tu basah kuyup. Dahla malam tu cuaca dingin membeku ditambah pula dengan hujan renyai yang mula membasahi bumi. Tapi bila pikirkan balik dah memang dia hidup meliar so tahulah dia jaga diri dia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment