Thursday, March 4, 2010

Misi Menumbangkan yang sudah Mereput





13 Februari 2010, Sabtu
Lokasi : Rumah Atok Aku Di Muar

Hari ini dalam sejarah:, Tiga pemuda yang berumur dalam lingkungan 20 an telah berjaya menumbangkan sebatang pokok dengan menggunakan tali. Remaja yang dikenali dengan nama Emey telah bertungkus lumus mengapak pokok yang sudah sekian lama mereput akibat jangkitan pada pangkal pokoknya. Sebelum proses menumbangkan pokok tersebut dijalankan seekor lipan yang menjangkau dewasa telah keluar dari persembunyiaanya.Lipan Bara yang dipercayai telah bertapa di pokok tersebut setelah sekian lama berjaya melarikan dirinya ketika pemuda yang bertopi dikenali dengan nama Majid (bukan nama sebenar) cuba untuk menangkap lipan tersebut dengan menggunakan penyepit arang. Lipan yang dipercayai dari spesis lipan tolo itu agak agressif.

Setelah hampir sepuluh minit pokok yang uzur tersebut dikapak,diparang, dan ditajak akhirnya berbekalkan seutas tali nylon telah menumbangkan sekaligus menamatkan riwayatnya yang sudah berusia puluhan tahun itu. Selepas tumbangnya pokok terbabit lipan yang menyembunyikan dirinya itu tadi keluar dari persembunyiaanya sekaligus menggemparkan pemuda-pemuda tadi. Dengan tidak membuang masa, jurugambar telah menamatkan hayat lipan tersebut dengan menggunakan cangkul yang tumpul. Lipan tersebut telah dikerat kecil-kecil dan kemudian telah dibakar untuk dijadikan makanan api yang marak.

Selepas situasi yang cemas dan panik itu kembali terkawal, ketiga-tiga pemuda tersebut telah mengkandar (Memikul) pokok yang tumbang tersebut ke kawasan simpanan kayu-kayan kepunyaan Tuan Haji Jamali. Pokok yang telah dikenalpasti akan keupayaannya itu telah digredkan untuk dijadikan bahan api untuk majlis kenduri yang bakal tiba tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment