Tuesday, March 2, 2010

Bila Orang Mengidam Mendapat Apa Yang Diidamkan


8 Februari 2010, Isnin
Lokasi : Ghumoh Atok Kawe, Muo

Masa pergi pasar tadi atok aku offer nak makan apa tengah hari nanti, kebetulan aku pon dah lama tak merasa sambal sotong yang atok aku masak. Maka dengan itu tercapailah persetujuan untuk membeli sotong untuk dijadikan lauk makan tengah hari. Akhirnya kepala aku yang mefokuskan sotong tersebut berbaloi setelah penantian aku itu dibalas dengan haruman sambal sotong yang menyelinap ke seluruh pelosok rumah. Yang membangkitkan lagi selera aku untuk makan dengan sepuas-puasnya.Jadi siap saja memasak di dapur atok aku pun pelawalah makan, aku pun cedoklah sambal sotong yang benar-benar mengiurkan tu ditambah pula dengan ikan parang pekasam yang digoreng. Perghh memang betul-betul menyelerakan. Lepas itu berkuahkan Asam Padas memang betul-betul best-best. Oklah kawan-kawan aku makan dulu.

No comments:

Post a Comment