Sunday, March 7, 2010

Kehadiran Sebuah Pembangunan yang Dinantikan




16 Februari 2010, Selasa
Lokasi : Jalan Seremban – Tampin, berhampiran SRJK (T) Estet Sungai Gadut

Seteleah sekian lama penantian hasil dari permohonan mahupun luahan dari penduduk setempat, kini masih dalam pembinaan sebuah stesyen komuter baru yang menghubungkan penduduk di sekitar Taman Pinggiran Senawang, Taman Seremban Selatan, Taman Ampuan Najihah dan Taman Tuanku Jaafar terus ke Seremban. Projek yang kini masih lagi 30% dari sempurna bakal memberikan kemudahan yang besar kepada penduduk yang sudah sekian lama memerlukan perkhidmatan yang dianggap amat berguna ini.

Ini kerana hampir sebahagian besar pekerja di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan membangun di sekitarnya tinggal di kawasan luar bandar yang berkepadatan penduduk tinggi. Seperti contoh di kawasan perindustrian Senawang, majoriti penduduk yang pernah disoal memberitahu mereka bekerja di Kuala Lumpur. Alasan yang diberikan mereka kerana tidak duduk berdekatan dengan Kuala Lumpur adalah kerana kos sara hidup yang tinggi yang memerlukan perbelanjaan yang besar.

Mereka lebih gemar berulang dari menetap disana yang dikatakan kurang mengeluarkan kos. Seperti seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Madi berkata, dia bergerak ke tempat kerjanya seawal 6 pagi hanya untuk kerana tidak mahu terlepas bas yang bergerak awal. Dan segolongan besar pekerja-pekerja ini menggunakan perkhidmatan awam dari memandu sendiri ke tempat kerja mereka. Dan antara bas, perkhidmatan komuter turut menjadi pilihan mereka. Bagi yang benar-benar perlu segera ke pejabat, bas memang jalan yang pantas jika dibandingkan dengan komuter yang akan berhenti di setiap stesyen yang telah menjadi laluannya.

Walau bagaimanapun dengan terbinanya stesyen komuter yang baru ini akan lebih memudahkan penduduk sekitar yang ingin bergegas ke Seremban untuk tiba dengan kadar segera. Memandangkan perkhidmatan seperti bas akan datang dalam lingkungan sejam sekali ke taman-taman perumahan di sekitar kawasan itu. Perkhidmatan teksi pula memang sukar untuk didapati memandangkan kawasan yang agak jauh. Jadi diharapkan agar kemudahan yang disediakan ini nanti akan dapat membantu penduduk sekitar. Janganlah ia menjadi projek gajah putih apabila siap kelak kurang mendapat sambutan.

No comments:

Post a Comment