Thursday, March 4, 2010

Usaha Mengindahkan Persekitaran






15 Februari 2010, Isnin
Lokasi : Rumah Tuan Haji Jamali

Atas inisiatif yang ingin ditunjukkan oleh pemilik rumah, Tuan Haji Jamali telah membeli selori tanah merah untuk ditambak di kawasan lapang yang dahulunya adalah tapak untuk sebuah reban ayam yang usang. Setelah reban yang mencemarkan keindahan sekeliling itu dipindahkan serta kawasan sekeliling dibersihkan dari semak samun, tanah merah tersebut telah diratakan untuk menutupi kawasan asal tersebut. Selain untuk tujuan pengindahan tambakan tanah tersebut juga dipercayai mampu menghalang peningkatan air sungai yang melimpah sewaktu tiba musim air pasang.Tanah tersebut telah berjaya menjadikan kawasan tambakan naik setengah kaki dari ketinggian asalnya.

Dengan pelabelan semula tanah tersebut telah mencantikkan lagi kawasan persekitaran rumah Tuan Haji Jamali. Turut dibangunkan bagi mengelakkan kemasukan lecak ketika musim hujan, kontraktor berwajib yang telah diarahkan untuk menambak kawasan tersebut telah membina kawalan curahan air hujan dengan menambak sejumlah kecil batu konkrit putih yang diambil dari kawasan sekitar. Tambakan tersebut telah terbukti berkesan apabila air hujan yang mencurah dari atap zink tidak melimpah jatuh ke atas tanah sebaliknya ia terus turun ke kawasan tambakan batu tersebut.

Ini sedikit sebanyak telah mengurangkan kadar tanah yang lecak sekaligus mengelakkkan dari berlakunya pemendapan tanah. Bagi mengelakkan hakisan tanah dari terus berlaku, pihak berwajib telah menanam kawasan tambakan dengan rumput karpet dari Gred A++ disamping mengekalkan beberapa batang pokok sebagai pasak untuk menghalang pemendapan tanah serta hakisan. Usaha yang telah dijalankan kontraktor berwajib harus dipuji dan diraikan. BANDANA

No comments:

Post a Comment