Tuesday, March 2, 2010

Gerai Goreng Pisang Merlimau




5 Februari 2010, Jumaat
Lokasi : Pekan Merlimau

Kebetulan hari ini aku berpeluang balik ke Muar bersama Paklan untuk menghabiskan hari minggu di kampung yang permai. Dalam perjalanan ke sana aku telah singgah sebentar di Merlimau sebab aku dah lama tak makan Ubi Ketuk. Tapi hampa sebab apa yang aku cari tiada pulak hari ini. Jadi untuk menebus kehampaan itu aku pun belilah pisang goreng di kedai yang juga terletak berhampiran dengan kedai ubi ketuk tersebut. Aku pun belilah bersama dengan karipap inti kentang yang masih lagi hangat.

Sampai saja dekat kampung aku pun makanlah dengan atok aku dan Paklan bawah pokok kelapa sambil menikmati suasana petang yang berangin dan indah. Tapi sayang aku beli sikit sangat, tak sangka pulak pisang goreng dia rangup. Kerak dia pun aku lupa nak mintak lebih. Rasa dia memang best. Lepas tu aku cuba pula karipap tersebut pun sedap gak. Tapi diorang lebih menyerbu pisang goreng tersebut sebab kegaringan dan kerangupannya benar-benar terserlah. Dengan warnanya yang kuning keemasan memang membuatkan hati terpikat untuk memakannya. Maybe Next time kalau aku singgah ke Merlimau aku borong terus dengan warung dia sekali. Hehehe…

No comments:

Post a Comment