Monday, February 1, 2010

Tomato Sauce Macaroni


Aku dapat inspirasi nak buat menu ni bila aku tengok rancangan Iron Chef dekat Asian Food Channel (AFC). Jadi dengan sedikit pengubahsuaian yang aku lakukan serta dengan bahan-bahan masakan yang terhad, maka lahirlah menu yang cukup ringkas ini. Sure korang boleh buat punyalah.

Bahan-bahan :-
2 Sosej (Ayam/Daging)
2 Biji Tomato (dihiris nipis)
2 Sudu bawang yang sudah dikisar
1 Mangkuk kecil daging kisar
1 Sudu Asam Jawa Extra
1 Sudu Tepung Gandum (untuk pekatkan kuah)
1 Botol Prego Spaghetti Sauce
½ Botol Sos Tomato
Sedikit Oregano sebagai perasa

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, kemudian masukkan 2 sudu bawang yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga kekuningan.
2. Kemudian goreng daging kisar sehingga garing dan masukkan sos tomato bersama-sama dengan Prego Spaghetti Sauce. Goreng bersama dengan daging kisar sehingga sebati dan aromanya naik.
3. Selepas itu masukkan sedikit air, tepung gandum dan juga Asam Jawa Extra. Panaskan sehingga mendidih dan masukkan sosej yang sudah dipotong. Selepas 2 minit masukkan pula tomato. Untuk meningkatkan lagi aroma kuah makaroni tersebut taburkan sedikit oregano.
4. Masukkan pula makaroni yang sudah dicelur ke dalam kuah yang hampir siap itu dan selepas dikacau rata masakan anda bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment