Monday, February 1, 2010
Cekodok Rangup Daging Burger
Ya Pembaca-pembaca sekalian, hari ini sekali lagi kita bertemu didalam rancangan memasak Home Made Cooking. Setelah sekian lama tiada menu baru yang dieksplorasi kini chef nak bawa semua untuk mencuba satu lagi resepi baru ciptaan chef. Resepinya adalah Cekodok. Tetapi ini bukannya cekodok yang dibancuh dengan pisang mahupun cekodok ikan bilis ye. Cekodok hari ini istimewa sedikit sebab kita akan menggunakan daging burger. Ala-ala bebola daging ya semua apabila ia siap nanti. Baiklah…
Bahan-bahan :-
2 Sosej (Ayam/Daging) dipotong separa bulat dan diracik halus-halus
3 Daging Burger
2 Ulas bawang besar (dipotong halus-halus)
1 Mangkuk Tepung Gandum
½ Mangkuk Air Suam
Sedikit Garam
Segenggam Cili Api (Dipotong dadu)
Cara Membuatnya :
1. Gaulkan daging burger tersebut sehingga hancur, kemudian masukkan tepung gandum serta sedikit air suam, sosej, bawang yang sudah siap dipotong halus serta cili api. Uli kesemuanya sehingga sebati. Jika anda memasukkan garam pastikan tidak terlalu banyak kerana daging burger memang sudah masin, cuma taburkan sedikit bagi menaikkan rasa.
2. Kemudian anda ambil sedikit tepung gandum dan ratakan di tapak tangan anda agar memudahkan anda untuk membentuk ramuan tadi. Bentukkan cekodok itu seperti bebola dan selepas itu anda bolehlah menggorengnya.
3. Perlu diingat semasa anda menggorengnya pastikan api tidak terlalu besar agar cekodok anda tidak hangus. Selepas selesai menggoreng toskan minyak dari cekodok itu dan anda bolehlah menghidangkannya. Cekodok ini amat sedap bila dimakan ketika masih panas sambil dicicah bersama sos mahupun Thousand Islands. Selamat Mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment