Tuesday, February 2, 2010
Ibarat Lintah Menghisap Darah
29 Januari 2010, Jumaat
Lokasi : Kampung Padang Lalang, Jempol
Hari Jumaat lepas aku baliklah ke Kampung Padang Lalang, kampung ayahku yang menjadi tempat permainan aku masa kecil-kecil dulu. Aku balik pun sebab nak tolong saudara-mara dan jiran tetangga yang lain menyelesaikan persediaan bagi majlis pernikahan adik saudara aku. Jadi dalam kesibukan semua dengan tugas masing-masing dan aku dengan tugas yang dah diamanahkan kepada aku, membersihkan 3 ekor perut kambing yang baru selesai disembelih. Selepas kambing-kambing tadi habis dikelongkai (dilapah) aku pun bawalah perut, tali perut dan bahagian-bahagian yang ingin dibersihkan ke bondang (bendang sawah) yang terletak di bukit bawah.
Sedang aku bersihkan perut kambing yang terlebih dahulu dah dibancuh dengan kapur, tiba-tiba datanglah makhluk yang memang enteng dekat sawah. Lintah balau yang biasanya melekap dekat badan kerbau. Aku tak tahulah dah berapa lama dia melekap dekat kaki aku sebab sedar-sedar je darah dah meleleh keluar dari kaki aku. Sampai gemuk aku tengok dia sedut darah. Berbekalkan pisau Rambo dan parang aku melilis lintah tersebut setelah aku bakar hujung pisau Rambo tersebut. Lepas terkena renjatan tersebut lintah yang kehausan itu jatuh bergolek ke dalam bondang tersebut.
Tapi jangan ingat lintah tersebut menyerah kalah dengan begitu mudah. Aku segera angkat kaki dari bondang tersebut selepas melihat lintah tersebut mengejar sumber-sumber yang dia boleh sedut darah. Dengan lebihan lemak-lemak perut kambing yang aku bersihkan tadi aku terus jadikan umpan untuk tangkap lintah tersebut keluar dari bondang tersebut. Aku taknak ada mangsa yang seterusnya dikalangan budak-budak kecik. Sebab diorang memang kerap bermain dekat bondang tersebut macam aku masa kecik-kecik dulu.
Jadi kalau korang nak kenal macam mana rupa lintah, tengoklah gambar yang aku postkan tu. Kalau pacat halus macam jarum kau bayangkan lintah ni besar dia sama dengan ibu jari pastu panjang dia lebih sejengkal. Jadi hati-hatilah kalau korang celupkan kaki dekat bendang sawah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment