Monday, February 1, 2010
Misi Menumbangkan yang Tumbang
11 Januari 2010, Isnin
Lokasi : Tanah pamah depan jalan ke Taman Cengal Utama
Hari ni memang satu hari yang agak dingin. Mulanya pada waktu pagi cuaca agak berangin walaupun matahari agak terik masa tu. Kemudian di sebelah petangnya pula kelihatan awan mendung berarak deras. Disapa pula dengan tiupan angin kencang yang menderu. Lalu hujan rintik-rintik turun membasahi bumi bersama angin dingin yang semakin deras membadai.
Kemudian setelah hentaman demi hentaman angin maka dengan itu tumbanglah pokok yang selama ini menggagahi dirinya untuk berdiri walaupun hanya tinggal batang dan dahannya saja. Tetapi kerana sebatang pokok muda yang masih lagi gagah telah berjaya manghalang pokok besar tersebut dari tumbang sepenuhnya rebah ke bumi.Dan ketika lawatan aku bersama ayahku ke tanah tersebut melihat pokok berkenaan yang keadaannya tergantung. Setelah usaha untuk menumbangnya dilakukan, seorang jiran yang berada berhampiran telah turut serta dengan membekalkan aku sebatang kapak berserta arahan darinya ketika aku menghayunkan kapak ke pokok terbabit.
Selepas puas aku mengapak pokok tersebut dengan sekuat hati, lalu pokoknya pun tumbang menyembah bumi. Bersama dengan pokok kecil yang menjadi tupangan sementaranya itu. Prapp…Bumm begitulah bunyinya bermula dari saat pokok petai tersebut mula rebah sehingga menyembah ke lantai tanah pamah yang menjadi tapak kebun sementara. Segala tanaman yang berada di bawah laluannya tumbang musnah sama sekali akibat kekuatan yang ada pada hentaman tersebut.
Selepas hujan yang renyai mulai surut aku dengan segra melancarkan operasi pembersihan serta-merta. Aku mengumpulkan dahan juga ranting-ranting yang bertaburan di sekitar kebun untuk dibakar. Dan usaha ini telah berterusan selama lima hari sehingga akhirnya pokok yang tumbang tersebut lenyap menjadi makanan api yang membakarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment