Monday, February 1, 2010

Sarapan Pagi Yang Variety



16 Januari 2010, Sabtu
Lokasi : Rumah Parentku

Pagi ini kitorang akan bergegas ke Kampung Tanjung Agas yang terletak di area Kuala Linggi bagi menyempurnakan hajat peminangan Emey bersama bunganya. Dan kerana ramai yang bertandang bermalam di rumah aku maka hanya hidangan pantas dan ringkas yang disediakan. Berbekalkan set Yong Tau Foo yang emak aku order dengan member dia yang dijadikan juadah untuk bersarapan kesemua tetamu yang ada.

Ditambah pula dengan Mee Kari yang masih banyak hasil dari hari sebelumnya serta roti canai yang aku beli dekat kedai mamak Taman Ampangan, memang meriah sarapan hari ini. Banyak tidak terkata. Huhu… Memang meriah. Jadi disebabkan aku kempunan nak makan mee kari yang dah sedia ada di hari sebelumnya, jadi aku pun sambarlah mee kari tu dulu. Maklumlah malam masa diorang semua makan mee kari tersebut, aku demam tergezutt…zet…zet…zet… Akhirnya aku dapat makan juga mee kari tu.

No comments:

Post a Comment