Monday, February 1, 2010

Restoran Selera Pinggiran




Lokasi : Stadium Tuanku Abdul Rahman Basement

Baiklah kali ini aku nak perkenalkan dekat korang semua satu lagi restoran untuk bersarapan pagi yang terdapat di area Taman Paroi Jaya. Restoran yang beroperasi bermula dari pukul 8.00 pagi ini menyediakan menu utamanya iaitu nasi lemak. Mungkin ramai yang dah tahu mengenai Restoran Selera Pinggiran.

Dekat kedai ni disediakan lauk bagi dimakan bersama-sama dengan nasi lemak yang disediakan. Korang bolehlah memilih lauk yang ingin dimakan seperti ayam dan telur goreng, sambal sotong, ayam atau kerang, rendang ayam, daging atau kerang dan daging masak kicap. Selain itu turut dijual adalah lontong, laksa, mee soto dan juga mee bandung. Pasal minuman korang janganlah risau sebab kalau dah jual makanan mestilah ada jual air sekali.

Jadi jikalau berkesempatan untuk menikmati sarapan pagi yang aku maksudkan ini. Bolehlah datang ke perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman. Restoran tersebut betul-betul terletak di bawah stadium tersebut.

No comments:

Post a Comment