Monday, February 1, 2010

Warung Taman Ampangan



Lokasi : Simpang Empat Taman Ampangan, berdekatan dengan lot kedai

Kalau malam-malam korang terasa lapar. Nak try roti canai yang dibuat orang melayu bolehlah datang ke Taman Ampangan. Warung yang aku suggest ni berhampiran dengan kedai Nasi Ayam Hainan yang pernah aku ceritakan dahulu. Terletak juga dengan Restoran Mamak yang tunggal kerana satu-satunya terdapat di Taman Ampangan ni.

Kedai ni juga turut menghidangkan pelbagai jenis makanan lain iaitu nasi lemak, mee goreng, nasi goreng, mee sup dan banyak lagi. Tapi kalau time korang datang pack jangan terperanjat, memang standard la tu setiap hari perniagaannya. Dibuka seawal 5.30 petang sehinggalah pukul 12 malam. Kecuali hari Isnin ditutup bagi memberi laluan kepada pasar malam di kawasan berhampiran.

Yang menariknya mengenai roti canai kedai ni sebab, yang pertama yang menebar dan memasaknya adalah orang melayu. Lepas tu memang lembut dan garing. Ditambah pula kuah yang betul-betul terasa kesedapannya ketika dimakan bersama roti canai yang masih hangat. Korang juga boleh minta masakan yang sedia ada mengikut citarasa korang. Jadi aku nak syorkan agar korang cuba sendiri bila menjejakkan kaki ke Negeri Sembilan nanti.

No comments:

Post a Comment