Monday, February 1, 2010

Serangan KFC dan McDonalds kepada Penggemar Makanan Segera





Lokasi : KFC Taman Tasik Jaya, Senawang & Drive Thru McDonalds Seri Kembangan

Ketika ini hangat diperkatakan juga sering mewarnai iklan komersil di televisyen anda dengan serangan menu terbaru dari dua gergasi rangkaian makanan segera dunia. Rangkaian yang dimaksudkan adalah dari Franchaiser Kentucky Fried Chicken (KFC) dan juga McDonalds (McD). KFC dengan menunya yang terbaru iaitu Zinger Tower. Manakala McD dengan Double Prosperity Burgernya yang sekian lama dipromosikan setiap kali tibanya Tahun Baru Cina.

Bagaimana lahirnya Zinger Tower? Zinger Tower adalah hasil gabungan burger Zinger yang sudah sekian lama berada di dalam senarai menu yang dijual di KFC dengan Hash Brown yang selalu dijual pada waktu Breakfast Hour di KFC. Dengan gabungan ini maka dengan itu terhasillah Zinger Tower ditambah pula dengan sos Thousand Island serta mayonis yang diperah dengan jus lemon bagi memberikan rasanya sedikit kemasaman. Rasanya boleh dikatakan ala-ala Fusion sebab ada rasa pedas, masam dan manis di dalam satu hidangan.

Manakala Double Prosperity Burger dihasilkan dengan dua keping Filet yang besar yang disalut dengan sos lada hitam yang pekat. Ditambah dengan Bawang Kuning Besar yang segar serta dilapisi roti bijan yang rangup. Memang cukup menyelerakan. Tapi perlu diingat kepada mereka yang ingin memakannya agar memastikan perut anda benar-benar kosong agar tidak muak dan kenyang cepat. Dihidangkan bersama Onion Rings yang rangup memang cukup mengiurkan. Terdapat dalam dua daging yang berbeza iaitu lembu dan kini yang terbaru adalah daging ayam.

Jadi inilah antara dua menu yang sedang hangat dari ketuhar mereka yang sedang menyerbu di segenap rangkaian restorannya di Malaysia. Mungkin juga restoran makanan segera keluaran Malaysia yang lain seperti Marrybrown dan A&W turut melakukan promosinya setanding dengan yang dilaksanakan kini oleh gergasi makanan segera dunia ini. Promosi untuk menu ini cuma dalam waktu yang terhad sahaja. Ibarat pepatah, “ Selagi Stok Masi Ada ”.

No comments:

Post a Comment