Tuesday, February 15, 2011
Persandingan Pak Lan bersama Azura (Pihak Lelaki)
28 November 2010, Ahad
Kesang Ledang
27 November, Sabtu
Setelah seharian saudara maraku membuat persiapan untuk tibanya hari majlis perkahwinan Pak Lan,kesemuanya rebah melelapkan mata untuk menghilangkan keletihan dan mengantuk. Aku ketika ini ditemani Si Tempang menjaga segala perkakasan serta barangan masakan untuk lauk pauk esok. Shift aku bermula dari pukul 12 malam sehinggalah pukul 2 pagi. Suasana begitu sunyi, dingin dan hening ketika ini. Hanya ditemani bunyi cengkerik yang menjadi teman sepanjang malam.
Selepas 2 jam lebih aku berjaga kini shift aku digantikan pula oleh Hatta sehinggalah ke jam4 pagi nanti dan kemudian disambung pula ayahku sehingga pukul 6 pagi. Segalanya bagi segalanya terkawal dan terhindar dari kecurian dan diganggu haiwan liar yang berkeliaran.
28 November, Ahad
Acara untuk hari ini dimulakan dengan sarapan pagi yang disediakan atok saudara aku dari Singapura iaitu Kacang Pool bersama dengan sup kaki ayam dan leher yang licin dikerjakan orang penyanggah. Acara dimeriahkan lagi dengan alunan nyanyian dari Pak Long selepas set karaoke siap disetting oleh kew-krew deejay yang disewa khas untuk memeriakan majlis tersebut. Aku pun sempatlah menyanyikan dua buah lagu dengan kesempatan yang ada itu.
Bila tibanya pukul 11 pagi para tetamu mula berpusu-pusu memenuhi ruangan khemah-khemah yang disediakan. Majlis berarak dijangkakan dalam pukul 1. Aku telah diarahkan Pak Lan untuk menjadi wakil menjemput rombongan dari Segamat untuk bertandang ke rumah pak cik aku sementara menunggu tibanya waktu untuk berarak. Sementara menantikan masanya tiba aku pun bersiap-siap untuk menyarungkan baju yang akan digunakan sebagai pengapit Pak Lan nanti.
Bila semuanya sudah siap sedia aku, Pak Lan dan Azura dibawa menaiki kenderaan menuju ke tempat dimana semua rombongan berkumpul dan akan berarak. Kini semuanya telah berkumpul bgitu jualah dengan kumpulan kompang. Setelah pengantin mulakan langkahan kompang pun dipalu. Dan kitorang pun berjalan menuju ke rumah atok aku. Setibanya di perkarangan rumah atok aku rombongan disambut dengan persembahan silat oleh tiga pendekar cilik yang diimport khas dari Singapura. Turut menyembahkan persilatannya adalah deejay yang sempat member penghormatan khasnya kepada pengantin.
Selesai acara silat tersebut pengantin dibawa menuju ke pelamin untuk acara tepung tawar dan kemudian acara balingan syiling dan gula-gula oleh kedua-dua mempelai meriuhkan lagi suasana dengan kelibat anak kecil dan ibu mereka berlumba-lumba mendapatkan hasil balingan. Selepas itu majlis makan beradap pun dimulakan sambil diadun dengan iringan lagu yang disampaikan makcik saudara aku dari Singapura. Atas permintaan dari tetamu dan sanak saudara pengantin telah menyampaikan lagu Gadis Melayu buat semua hadirin. Kemudiaan nyanyian lagu diteruskan pula oleh wakil dari Segamat dengan dendangan lagu Azura khas buat pengantin wanita. Kemuncak untuk majlis perkahwinan tersebut adalah tembakan bunga api sebanyak 150 das menutup acara bersejarah untuk hari itu. Dengan itu ingin diucapkan lagi sekali buat pengantin Selamat Pengantin Baru semoga bahagia selalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment