Monday, July 5, 2010

Permulaan Julai yang menyedihkan

Sedar tak sedar dah 4 bulan aku bermastautin di bandar Diraja Shah Alam ni rupanya. Macam-macam benda aku dah merasai semenjak bergelar kakitangan " .gov.my " ni. Maklumlah kepada mereka yang menjawat jawatan di dalam sektor kerajaan ni memang dah lali dengan agenda serta program yang sentiasa dianjurkan. Hehe....

Untuk pembukaan cerita bulan ini aku dah mulakan dengan kisah restoran ayam penyet yang aku jumpa setelah mengexplore selok-belok jalan dekat Shah Alam ni. Hari ni pulak aku nak ceirtakan satu lagi kisah yang telah berlaku beberapa hari lepas. Peristiwa ni betul-betul membuat aku kecut perut bila mengingatkan kembali saat ia terjadi.

Kejadian yang boleh dikategorikan mengerikan dalam hidup aku ini berlaku semasa perjalanan pulang aku dari menunaikan Solat Jumaat. Site kejadian dalam lingkungan 500 meter bermula dari saat ia bermula sehingga penghujungnya. Lokasi kejadian terletak betul-betul depan apartment yang terletak di selekoh maut menuju ke Seksyen 7, selepas Pintu Gerbang UiTM Shah Alam.

Kisahnya bermula begini. Aku tengah dok feeling melayan perasaan memandu Honda SH3 aku sambil ditemani lagu-lagu alunan M.O.V.E. Tiba-tiba dengan lajunya muncullah sebiji Kancil yang agak kurang ajarnya keluar dari persimpangan bulatan yang sepatutnya memang kena berhenti. Aku terpaksalah brek mengejut membuatkan penumpang yang turut sama dalam kereta aku, memaki hamun kancil yang agak poyo itu.

Lepas saja gerbang UiTM aku pun mulakan perjalanan mengerikan aku itu. Kebetulan masa yang sama kancil yang durjana itu ada disebelahku. Semasa saat memotong kereta tersebut, dengan kelajuan yang tertera pada meter 80 tiba-tiba arm-rod dengan bow-joint aku tercabut. Kereta yang tengah turun bukit dengan laju mula bergoyang ke kanan. Untuk mengelakkan dari berlanggar dengan kereta melaun tadi aku terpaksa mengawal stereng kereta aku dengan kuat. Dan pada masa itu memang aku betul-betul melihat detik-detik menempuh kecelakaan.

Selepas selesai saja potong kereta tersebut dengan keadaan tayar kereta aku yang dah terkulai macam kereta F1 aku terpaksa membalas stereng aku ke kiri bagi mengelakkan kereta aku terbehenti di tengah jalan yang sibuk itu. Impaknya membuatkan kereta aku ternaik di divider kiri aku sehingga menjahanamkan rim depan dan belakang kesayangan aku itu.

Tetapi kemalangan itu tidak berhenti setakat itu sahaja memandangkan struktur selekoh yang agak tajam ditambah pula dengan cerun yang agak deras membuatkan kereta aku berbalas ke tengah semula, kini nyawa keempat-empat penumpang (Aku, Aswad, Farid & Takuya) kereta SH3 tersebut bergantung ke atas kawalan aku. Saat tu kereta aku betul-betul menuju ke pembahagi jalan yang ada tiang lampu atas dia. Dengan sepenuh tenaga aku memulas stereng aku ke kiri semula sebelum kereta aku tersadai setelah terseret hampir 500 meter.

Dan tanpa membuang masa kesemua penumpang yang ada dalam kereta bergegas keluar dari kereta bagi mengelakkan terjadinya kejadian yang tidak di duga pula. Aku pun keluar tengok kerosakan hasil kemalangan tersebut. The result is..." Disaster ". Habis kereta aku dengan tayarnya terkulai. Dan lebih menyayat hati bila kereta tersebut mula diangkat towing. Mengalirnya darah dari kereta kesayangan aku itu. Menunjukkan lukanya yang mendalam. Dan bulan ni, dipendekkan cerita terpaksalah aku mengikat perut untuk membayar kerosakan kereta aku tu. Sedeyy...Sedeyy...

P/S >> Nanti aku uploadkan serba sedikit gambar kereta aku yang excident tu

No comments:

Post a Comment