Monday, July 26, 2010

Malam Minggu yang Bingung








24, Julai 2010 Hari : Sabtu (All the great things happened on Saturday) Lokasi : Bandar Seremban Masa : 12.30 malam

Memandangkan kebosanan yang melanda jiwaku beberapa hari ni, aku cuba untuk mententeramkan jiwaku yang kusut berserabut. Aku pantas menelefon Awai dan bertanyakan plan malam minggu. Aku pun pergilah hang out serata bandar Seremban. Sementara menanti bahang malam minggu bermula aku pun lepaklah dekat stall mapley tepi Ruby Karaoke. Menikmati mee goreng sambil mencuci mata yang semakin mengantuk.

Settle je menjamu selera aku pun terus gerak ke A&W yang ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Keheningan malam diselang seli dengan deruman jentera yang mula menunjukkan taringnya. Dari GSR ke VTEC, Blacktop dan keluarlah turbo-turbo yang lain bergema disetiap pelusuk bandar Perlumbaan Seremban. Sambil menikmati deruman enjin sempat juga aku melihat kaki-kaki pancing yang leka memancing tanpa menghiraukan persekitaran yang bingit. Dapatlah dinaikkan talapia bersaiz tapak tangan serta udang galah yang tersesat.

Tunggu punya tunggu acara masih lagi belum bermula. Aku pun segera menukar lokasi dan menuju ke blok yang sebaris dengan HSBC Seremban. Dan di situlah bahangnya mula terasa. Ketika saatnya aku tiba dekat situ,ramai penonton yang sudah menebeng di bahu-bahu jalan. Ada yang datang dengan mobil standard ada juga yang dibikin bagaikan ngauman Godzilla yang kelaparan.

Sedang aku menyaksikan perlumbaan yang dah berlangsung, tibalah seorang kenalan lama yang aku pun baru kenal hari tu. Kitorang pun lepak sama-sama sambil berborak pasal hotel budget yang baru ke rush dengan MAINS betul-betul depan mata kitorang. Adalah beberapa mangsa yang tergadai maruahnya kantoi ditangan penguasa.

Kini jam di tangan menunjukkan pukul 2.00 pagi aku dengan Awai pun plan nak gerak lepak minum ke tempat lain plak. tapi disebabkan kehangatan yang mencucuk adrenalin membuatkan aku tahan sampai 15 minit untuk menyaksikan kesudahan jentera yang menguasai bandar Seremban. Dan dari kejauhan nun sayup dibelakang Shell Seremban, kelihatan cahaya biru memecut laju . Dan dengan sepantas kilat aku pun memcut pulang sebelum terkantoi dengan pak polisi. Rata-rata penonton yang ada semuanya memecut untuk keluar dari bandar Seremban dengan segera.

Akibatnya jalan-jalan utama di Seremban telah disekat. Beratus-rarus kereta power turut tersangkut dengan sekatan tersebut. Dan kesemuanya pun pura-pura innocent, termasuklah aku...hehe. Akhirnya aku stuck betul-betul depan A&W. Memang dah tak bley nak buat apa dah. Tunggu punya tunggu untuk melepasi sekatan, Awai dikejutkan dengan panggilan yang memberitahu member yang aku baru kenal tadi kantoi dengan GTi dia. Hai apa punya malang da.

Dipendekkan ceritalah ye " polis charge dia racing haram (celah mane), pastu polis detect dia pusing track sebanyak sembilan kali (pelik sebab dia lepak dengan kitorang,macam mana plak boleh pusing sampai sembilan kali), and the results is mamat tersebut telah digari dan disumbat ke dalam jel bersama lagi enam pemilik kenderaan yang kantoi dalam sekatan tersebut. Dan mereka yang terlepas dari ditahan telah remp dengan sekuat hati di gate IPD Seremban 2 sebagai tanda menang. Dan disitulah kita dapat melihat sejauh mana ketelusan anggota yang bertugas.

"Yang ditangkap salah, yang lepas bermaharajalela". Demi mengetahui keputusan pihak yang berwajib,aku, Awai dan Ijam pun tunggulah sampai pukul 5 pagi. Setelah keputusan memang tiada yang dapat keluar, kitorang pun blah dari IPD tersebut dan lost contact dengan mamat tersebut sehinggalah hari ini. Jadi kepada penggemar perlumbaan di malam minggu, kepada yang parking kereta tu pastikan korang melindungi plat korang dari dicam oleh pihak berkuasa. Jaga-jaga cik Salmah gerak-geri anda diperhatikan.

Raining over the Art's Car








Ondaway nak balik dari Seremban last weekend, aku lalulah jalan dari Highway PLUS menuju ke tol Batu 3,Shah Alam. Keadaan yang pada mulanya hanya hujan rintik-rintik kini menjadi lebat-selebatnya sepanjang perjalanan tersebut. Setibanya aku di persimpangan Putra Height tiba-tiba dalam samar-samar hujan, ternampaklah aku akan kelibat sebuah kereta yang agak rare. Aku pun cubalah memintas.

Bila aku lalu betul-betul dekat sebelah dia, menjerit riang aku sebab nampak salah satu kereta yang tersenarai dalam BMW Art's Car yang ada dalam dunia ni. Yang paling bertuahnya aku dapat tengok sendiri depan mata. Memang berseni sungguh kereta tersebut. Puncanya yang buat aku betul-betul kagum dekat Bimmers tersebut sebab aku ada baca kisah mengenai BMW Art's Car sebelum ni. And then, seminggu yang lalu pulak Mizan berlari-lari anak tunjukkan aku kereta BMW tersebut masuk dalam paper The Star bulan 6.

Jadi selepas saat bermulanya aku terserempak dengan kereta yang betul-betul rare dalam dunia ini. Terjadilah babak kejar-mengejar diantara aku,Bimmer dan marshall car yang mengiringi Bimmer tersebut. Bagaikan berada di Galaksi Bimmer Sakti. Dan hasilnya adalah beberapa keping gambar yang dapat aku kongsikan bersama dengan kalian semua. Tapi sayang, andaikata adanya SLR dekat tangan aku masa tu dah tentu aku menjadi paparazi yang tak lekang dengan berpuluh-puluh gambar yang dicapture.

Sebagai bukti hari yang bersejarah dan bertuah buat aku pada hari Ahad lepas, aku kepilkan sekali gambar BMW Art's Car yang aku maksudkan tersebut. Tapi hanya itulah yang dapat aku sajikan memandangkan aku snap guna phone jer. So nampaklah pixel-pixel yang kurang menarik pada gambar yang aku capture tersebut.

Sunday, July 11, 2010

Menuju Perubahan


Akhirnya tibalah saatnya blog aku mengalami sedikit perubahan dan tranformasi. Sedar tak sedar dah hampir setahun aku bertapak dalam penerbitan second blog aku ni. Untuk kehadiran blog aku version 2 kali ini aku telah menambahkan beberapa widget bagi memudahkan aku memantau segala aktiviti-aktiviti yang berlaku menerusi blog aku.

Aku juga dapat mengetahui berapa ramai readers yang jump-in ke dalam blog aku ini. Ini sedikit sebanyak dapat membantu aku dalam meningkatkan lagi mutu di dalam penulisan setiap artikel yang aku keluarkan. Aku juga telah memberikan kelainan ke atas logo image yang aku uploadkan selain mengubah sedikit layout image aku.

Jadi kepada semua readers yang sering mengikuti perkembangan diriku, rajin-rajinlah komen or maybe bertanyakan sesuatu yang korang kurang pasti serta ingin kongsi. Dengan adanya live jurnal dari aku ini dapat menyatukan lagi aku dengan semua penduduk seantero dunia. Dan menjadikan aku lebih dekat kepada semua. So inilah diari kehidupanku yang bukannya daily updated, kenalah mengikuti setiap perkembangan dariku, dari masa ke masa untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan kehidupanku seharian. Selamat Berhibur...

Friday 2nd July Accident







Seperti yang telah dijanjikan aku uploadkan gambar kereta aku yang terlibat dengan kemalangan tempoh hari. Bila lalu saja dekat lokasi kemalangan tersebut, risau juga aku takut benda berulang. Sebab kalau tengok kesan tayar aku bermula dari first impact sehingga tersadai memang jauh. Konfius, takut, seram sejuk juga aku sebab melihatkan kesan tayar aku dalam kemalangan tersebut. Semuanya berlaku sekelip mata sahaja.

Monday, July 5, 2010

Permulaan Julai yang menyedihkan

Sedar tak sedar dah 4 bulan aku bermastautin di bandar Diraja Shah Alam ni rupanya. Macam-macam benda aku dah merasai semenjak bergelar kakitangan " .gov.my " ni. Maklumlah kepada mereka yang menjawat jawatan di dalam sektor kerajaan ni memang dah lali dengan agenda serta program yang sentiasa dianjurkan. Hehe....

Untuk pembukaan cerita bulan ini aku dah mulakan dengan kisah restoran ayam penyet yang aku jumpa setelah mengexplore selok-belok jalan dekat Shah Alam ni. Hari ni pulak aku nak ceirtakan satu lagi kisah yang telah berlaku beberapa hari lepas. Peristiwa ni betul-betul membuat aku kecut perut bila mengingatkan kembali saat ia terjadi.

Kejadian yang boleh dikategorikan mengerikan dalam hidup aku ini berlaku semasa perjalanan pulang aku dari menunaikan Solat Jumaat. Site kejadian dalam lingkungan 500 meter bermula dari saat ia bermula sehingga penghujungnya. Lokasi kejadian terletak betul-betul depan apartment yang terletak di selekoh maut menuju ke Seksyen 7, selepas Pintu Gerbang UiTM Shah Alam.

Kisahnya bermula begini. Aku tengah dok feeling melayan perasaan memandu Honda SH3 aku sambil ditemani lagu-lagu alunan M.O.V.E. Tiba-tiba dengan lajunya muncullah sebiji Kancil yang agak kurang ajarnya keluar dari persimpangan bulatan yang sepatutnya memang kena berhenti. Aku terpaksalah brek mengejut membuatkan penumpang yang turut sama dalam kereta aku, memaki hamun kancil yang agak poyo itu.

Lepas saja gerbang UiTM aku pun mulakan perjalanan mengerikan aku itu. Kebetulan masa yang sama kancil yang durjana itu ada disebelahku. Semasa saat memotong kereta tersebut, dengan kelajuan yang tertera pada meter 80 tiba-tiba arm-rod dengan bow-joint aku tercabut. Kereta yang tengah turun bukit dengan laju mula bergoyang ke kanan. Untuk mengelakkan dari berlanggar dengan kereta melaun tadi aku terpaksa mengawal stereng kereta aku dengan kuat. Dan pada masa itu memang aku betul-betul melihat detik-detik menempuh kecelakaan.

Selepas selesai saja potong kereta tersebut dengan keadaan tayar kereta aku yang dah terkulai macam kereta F1 aku terpaksa membalas stereng aku ke kiri bagi mengelakkan kereta aku terbehenti di tengah jalan yang sibuk itu. Impaknya membuatkan kereta aku ternaik di divider kiri aku sehingga menjahanamkan rim depan dan belakang kesayangan aku itu.

Tetapi kemalangan itu tidak berhenti setakat itu sahaja memandangkan struktur selekoh yang agak tajam ditambah pula dengan cerun yang agak deras membuatkan kereta aku berbalas ke tengah semula, kini nyawa keempat-empat penumpang (Aku, Aswad, Farid & Takuya) kereta SH3 tersebut bergantung ke atas kawalan aku. Saat tu kereta aku betul-betul menuju ke pembahagi jalan yang ada tiang lampu atas dia. Dengan sepenuh tenaga aku memulas stereng aku ke kiri semula sebelum kereta aku tersadai setelah terseret hampir 500 meter.

Dan tanpa membuang masa kesemua penumpang yang ada dalam kereta bergegas keluar dari kereta bagi mengelakkan terjadinya kejadian yang tidak di duga pula. Aku pun keluar tengok kerosakan hasil kemalangan tersebut. The result is..." Disaster ". Habis kereta aku dengan tayarnya terkulai. Dan lebih menyayat hati bila kereta tersebut mula diangkat towing. Mengalirnya darah dari kereta kesayangan aku itu. Menunjukkan lukanya yang mendalam. Dan bulan ni, dipendekkan cerita terpaksalah aku mengikat perut untuk membayar kerosakan kereta aku tu. Sedeyy...Sedeyy...

P/S >> Nanti aku uploadkan serba sedikit gambar kereta aku yang excident tu

Sunday, July 4, 2010

Ayam Penyet Shah Alam



Hai semua. Sedar tak sedar dah lama rupanya aku tak xtv8 (activate) dalam dunia blogging ni. Maklumlah hari-hariku kini sudah mula diisi dengan kepadatan kerja yang kian bertambah saban hari. Jadi dengan adanya peluang dan kekosongan untuk sementara waktu ini aku ingin menokok tambah antara perkara, benda serta segala macam cerita yang telah berlalu selama aku bergelar warga Shah Alam.

Kejam celik kejam celik dah masuk bulan tujuh dan kita kini berada di pertengahan tahun 2010. Dengan bahang Piala Dunia yang kian sampai ke kemuncaknya. Terdetik untuk aku menulis artikel mengenai restoran terbaru yang aku kunjungi di Seksyen 25, Shah Alam.

Baiklah kali ini aku nak perkenalkan kepada semua satu lagi restoran yang baru beberapa bulan dibuka. Terletak bersebelahan dengan bengkel Pennzoil kepunyaan Karamjit Singh and partners. Lokasinya kalau korang nak menghala ke Uptown Shah Alam korang akan nampak deretan rumah kedai baru di kiri jalan dan di situlah terletaknya Restoran Bonda Nasi Padang ini.

Antara hidangan yang disajikan di restoran ini adalah berbagai aneka masakan padang seperti tempe goreng pedas, ayam serai dendeng dan banyak lagi. Terdapat juga hidangan sampingan seperti Nasi Ayam dan sudah semestinya Ayam Penyet yang begitu menyelerakan. Ada juga Soto Ayam, Bakso, Pecal Lele dan Gado-Gado yang boleh korang cuba. Jadi andaikata korang nak mencuba untuk makan menu-menu yang telah dinyatakan tadi. Datanglah berkunjung ke Restoran Bonda, Seksyen 25 Shah Alam.