Saturday, November 21, 2009

Menu 2111


21 November 2009, Sabtu
Lokasi : Rumah Parentku
Hari ni makanan tengah hari aku boleh dikatakan lengkap sebab adanya protein, zat besi serta lauk pauk yang berkhasiat dan sedap. Aku dah lama tak makan menu yang banyak macam hari ni. Mana taknya selalu kalau aku dekat rumah aku seorang saja. Memandangkan hari ini hari pertama cuti sekolah jadi aku dapatlah luang masa lebih dengan emak dan ayah aku.

Aku namakan hidangan hari ini 2111 sebab kalau korang tengok dekat gambar yang aku uploadkan tu, korang perasan tak mana lauk yang banyak. Sudah semestinya kangkung kan. Konsep dia macam ni, Kangkung 2 sudu dan lauk-lauk lain aku ambil satu sudu. Maka jadilah hidangan 2111 yang juga nombor keramat diri aku. Sesiapa yang mengenali diri aku tahulah berkaitan dengan susunan nombor yang aku maksudkan ini.

Bones Soup


20 November 2009, Jumaat
Lokasi : Rumah Parentku

Malam semalam aku makan sup tulang yang ayah aku masak. Setelah sekian lama aku tak rasa sup tulang yang sedap macam ayah aku masak tu. Yelah mana nak sama masakan parent kita jika dibandingkan dengan masakan dekat kedai-kedai yang ada tu. Bahan-bahan yang digunakan aku tau satu saja serai sebab aku tak sempat jengah bahan-bahan lain.

Memang setiap kali kalau ada event yang melibatkan family ayah aku memang akan masak sup untuk diorang. Tak kisahlah masa raya ke event kenduri mesti ada sup istimewa ni. Sebab tulah aku memang suka makan sup sejak aku kecil lagi. Kalau dekat kampung dulu masa aku kecil, berpeluang makan sup ayam yang arwah Wan aku buatkan.

Kalau time kenduri-kendara lepas selesai saja acara mantai (sembelih lembu) mesti orang-orang kampong akan bergotong-royong menyiapkan sup yang sinonim dengan nama Rebusan. Rebusan mendapat namanya kerana tulang yang telah dilapah akan dicincang dan direbus bersama-sama dengan rawan sedikit daging dan bahan-bahan perasa antaranya cilia pi yang telah digiling. Rasa dia fuhh…marvellous sampai yang makan pun akan stone,melayan perasaan masing-masing. Begitulah yang dapat aku ungkapkan ketika menghirup saja sup yang ayah aku masak malam tadi.

Greatest Bank Robbery


Mungkin korang sudah tengok cerita Public Enemies lakonan Johnny Depp, Christian Bale dengan Marion Cotillard. Cerita yang boleh dikategorikan favourite crime scene event. Sebabnya semua memang dah tahu Depp memang menjiwai setiap watak yang dibawanya dengan mendalam.

Cerita ini mengisahkan John Dillinger yang telah dibawa ke Penjara Negeri Indiana oleh sahabatnya John Red Hamilton yang menyamar jadi polis. Demi membebaskan rakan-rakannya yang berada di penjara tersebut. John dan Red telah membunuh warden penjara yang berada mengawal banduan ketika itu. Dalam misi mengeluarkan rakan-rakannya dari penjara tersebut, Walter Dietrich yang menjadi mentor kepada John telah terbunuh kerana ditembak ketika berlari ke kereta John.

Dengan hanya mereka yang berjaya dilarikan, John telah bertemu pula dengan beberapa rakan yang juga turut sama merompak bank. Akhirnya mereka telah berpakat untuk merompak bank. Selama mereka bermaharajalela menjadi perompak bank yang digeruni banyak bank yang telah menjadi mangsa Geng Dillinger ini. Sehinggakan polis telah mengisytiharkan Peperangan dalam menangani Jenayah Kebangsaan yang pertama bagi memburu serta menghapuskan Geng Dillinger.

Semasa satu perjumpaan John telah terpandang seorang gadis yang sedang menari iaitu Billie Frechette dan telah membuatkannya jatuh hati. Akhirnya mereka berdua pun menjadi pasangan kekasih. John berjaya memboloskan dirnya semasa pihak polis mengintip gerak-gerinya. Seperti yang diceritakan sendiri Billie kepada polis setelah dia diberkas pihak polis kerana berjaya keluar dari rumahnya semasa pihak polis mengawal rumahnya.

Akhirnya John telah terbunuh selepas selesai menonton filem Clark Gable, Manhattan Melodrama di Biograph Teater akibat ditembak dari belakang oleh Agen Winstead. Winstead sempat mendengar kata-kata terakhir yang keluar dari mulut John sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ungkapan tersebut seterusnya disampaikan ke Billie. Ungkapan itu berbunyi “ Tell Billie For Me, Bye Bye Blackbird ”.

Friday, November 20, 2009

Nasi Ayam Ajaib



Balik saja dari masjid selepas menunaikan solat jumaat aku pun singgah untuk menyantap hidangan berupa nasi ayam ajaib. Seperti yang telah aku rancangkan dengan Mr Hattamura. Kenapa Nasi Ayam Ajaib…? Aku pun tak tau kenapa owner dia namakan nasi ayam ajaib. Mungkin ada secret ingredient disebalik maksud yang tersirat. Apa-apa pun tanyalah tauke kedai tu kalau nak tau dengan lebih lanjut.

Apa yang istimewanya Nasi Ayam Hainan Kak Lina ni sebab setiap set nasi ayam dia akan dihidangkan dengan kerabu taugeh. Sama yang macam dekat kedai Chicken Rice Shop tu, cuma kerabu yang ni resepi rahsia diorang. Ayam yang dihidangkan ada tiga jenis, ada bakar, stim dengan goreng so korang bolehlah order mengikut citarasa korang.

Lagi satu yang membuatkan kedai ni tak putus-putus orang yang kunjung tiba adalah sebab dah keluar dekat macam-macam infomedia. Dari keluar dekat TV3 sehinggalah keluar dekat Majalah 3, masuk pula akhbar Kosmo. Pendek cerita kedai ni dah mendapat promosi besar-besaran. Servis yang diberikan boleh dikatakan pantas juga sebab aku duduk saja orang dating ambil order. Selepas penantian selama seminit hidangan pun sampai.

Kalau korang terasa nak mencuba makan dekat kedai yang aku maksudkan bolehlah berkunjung ke Gerai Nasi Ayam Hainan Kak Lina yang terletak di Taman Ampangan. Bersebelahan dengan tapak pasar malam. Kalau nak tau rasa dia macam mana, Cuba Try…

Kuay Teow Kerang


Entah kenapa tiba-tiba perut aku masih lagi lapar, padahal baru saja lepas makan nasi berlaukkan sambal drummet ayam goreng yang aku masak petang tadi. So aku pun membuka langkah untuk pergi ke kedai mencari juadah untuk makanan tamabahan. Sekali aku teringat Kuay Teow Kerang depan pasaraya Family Store Taman Ampangan.

Kebetulan pula aku baru saja beli barang yang emak aku kirim, alang-alang dah terlanjur aku sampai dekat situ baik aku beli saja Kuay Teow tu. Kang takut kempunan pula. Macam orang mengidam pulak. Sampai saja rumah aku pun menjamu hidangan tersebut. Walla…still same as the old one. Rasa dia tak berubah. Tu yang buat aku suka beli Kuay Teow Kerang dekat stall tolak tersebut. Kena pula dengan cili jeruk, huhu… Akhirnya aku pun makan dengan aman sambil ditemani kucing liar yang bermastautin di rumah parent aku ni.

Thursday, November 19, 2009

Dapat Surat



Hari ni macam biasalah, lepas aku bangun tidur,siap mandi dan berkemas rumah tibalah masanya aku memasak sarapan dan juga makan tengah hari terus. Hari ni aku masih lagi makan mee macam hari-hari yang lepas. Tengah hari nanti baru aku makan nasi pula.

Lauk aku makan tengah hari nanti adalah Sambal Drummet Ayam Goreng dengan sup sayur sawi. Tengah aku syok masak-masak tiba-tiba adalah bunyi hon depan rumah aku. Aku ingatkan bom meletup rupa-rupanya ada kurier servis dating rumah aku. Patutulah bunyi pin..pin..pin. Lepas tandatangan saja kertas yang diberi dekat aku. Aku pun dapatlah surat yang berbunyi… SESI AMALI dan PERSEMBAHAN HASIL KERJA bagi jawatan yang telah aku pohon. Suka… Mau tak nya lama aku apply dapat juga apa yang aku harapkan.

Akhir kata dari aku, makanlah kamu sekalian umat sebelum nasi dan lauk menjadi sejuk di bawah tudung saji.

80’s & 90’s Foodstock


Mungkin masa korang kecil dulu ada makanan kegemaran yang selalu parent korang belikan. Event kalau balik saja kampung, atok pun mesti belikan juga makanan ringan buat cucu-cucu dia. Antara makanan yang famous masa tu macam Tora, Ding Dang, Nini (cokelat celup), gula-gula Sugus, Chewing Gum Red Indian (Singgam), Lucky Cocoa Ball, Nano Nano, Kam Kam dan macam-macam lagilah.

Ada satu jajan yang Babu (Bai jual roti) jual tu bila buka saja siap ada buku komik mini dekat dalam dia. Aku pun dah lupa nama dia. Lepas tu makanan Chick-ka-dees yang popular suatu masa dulu pun dah keluar balik.Lagi satu makanan yang korang semua mesti pernah makan, Gula Kapas atau alus mitai. Setiap kali kalau pergi funfair mesti ada orang jual punya.

Masa dekat sekolah rendah mesti korang pernah dibekalkan dengan air kotak di bawah skim rancangan bekalan makanan. Air kotak coklat yang ada bermacam gambar. Lepas tu air vitagen yang masih ada lagi hari ini. Boleh kata sebulan sekali mesti ada lori yang bagi air dalam cawan percuma. Nak tak nak kenalah beratur panjang hanya kerana nak dapatkan secawan air free. Tak cukup macam biasalah beratur balik tak pun auta sket cakap ambil untuk kawan. Macam-macam lori air dating, Milo la, Vico la, Ovaltine la.

Lepas tu korang ingat lagi tak suatu ketika dulu ada air tin keluaran syarikat Allahyarham Sudirman yang diberi nama Sudir Cola. Seingat aku ada empat warna tin minuman tu, oren, cokelat, hijau dengan biru. Dekat pasar malam suatu masa dulu ada jual air susu lembu pelbagai rasa. Ada rasa asli, jagung, coklat dan strawberi keluaran Segaria. Siap ada kiosk bentuk botol susu tu gak.

Kalau masa Hari Raya pulak, korang pernah minum tak air botol cap Long Chan atau cap Tiga Ayam. Biasa ada air Sarsapila atau Sarsi, Air Buah-Buahan dan Aiskrim Soda. Sesetengah tempat masih lagi jual air botol tu, macam dekat rumah saudara aku dekat Pontian.

Korang ingat-ingatlah balik KBSR atau panjangnya berbunyi, Kenangan Budak Sekolah Rendah. Dan kemudian cuba korang senaraikan makanan mahupun minuman ringan yang pernah korang minum masa kecil-kecil dulu. Jadi mulakan sekarang sebelum ingatan korang terhadap benda-benda klasik ni luput dari ingatan selamanya.

Tuesday, November 17, 2009

BMW EfficientDynamics


Artikel kali ini berkenaan dengan BMW. Apakah yang dimaksudkan dengan EfficientDynamics ? Ingat lagi tak satu artikel yang aku postkan dengan gambar konvoi BMW yang aku capture masa aku dekat Port Dickson. Okaylah setelah aku lihat balik perkataan yang tertera pada salah satu kereta BMW yang berjaya aku capture tersebut, aku pun teruslah search info yang berkaitan dengan “EfficientDynamics” tersebut. The results is aku dapatlah sedikit maklumat dari website BMW.

BMW EfficientDynamics adalah penggunaan sumber yang bijak dalam mengekalkan ketulenan penjanaan jenteranya serta mengekalkan kesejahteraan alam sekitar. Lebih sejuta kereta BMW serata dunia telah dijana dengan teknologi penjimatan minyak sebagai satu standard untuk membuktikan ia kereta yang mesra alam sekitar. Antara aspek yang telah diberi penekanan serta ditingkatkan lagi keupayaannya :- BMW Advanced Diesel engines, High Precision Injection, Lightweight Construction, Aerodynamic design, Electric Power Steering, Brake Energy Regeneration.

Terdapat 24 model kesemuanya yang dilengkapi dengan system Efficient Dynamics ni. Termasuklah kereta Mini Cooper yang bernaung dibawah syarikat usahasama BMW. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai system EfficientDynamics ni, korang bolehlah masuk ke official website BMW Malaysia di http://www.bmw.com.my

Monday, November 16, 2009

Ramen Kicap


Benda yang paling simple untuk dimasak dan tak banyak masa serta bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :-
2 Fishcake (sepatutnya daging tapi sebab tiada daging aku tukarkan dengan fishcake)
2 Sudu Cili Boh (Cili Giling)
1 Ulas Bawang Putih (Dihiris nipis-nipis)
1 Biji Cili Besar
1 Mangkuk air yang telah dikacau dengan Tepung Gandum (untuk pekatkan kuah)
1 Biji Telur
Beberapa batang sawi
Sedikit Bawang besar yang sudah dikisar
Kicap Manis dan Kicap Masin

Cara memasak :-
1.Goreng fishcake sehingga garing. Kemudian gorengkan bawang putih sehingga rangup.
2.Goreng bawang besar yang telah dikisar bersama cili boh. Gaulkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi sehingga sebati.
3.Masukkan air dan kacau sehingga sebati segala ramuan. Masukkan kicap secukup rasa dan masukkan sayur sawi dan cili. Biarkan masak selama seminit.Masakan kini sedia untuk dihidangkan.

Sunday, November 15, 2009

Scramble Egg Pasta with Sausage & Fishcake


Menu cubaan aku untuk hari ini. Lain dari yang lain kerana aku telah gabungkan makanan Itali dengan Malay style. Korang nak try…ok ni resepi aku

Bahan-bahan :-
2 Sosej (Ayam/Daging)
2 Cili Besar
2 Sudu bawang yang sudah dikisar
2 Biji Telur
1 Suku daging kisar
1 Sudu Asam Jawa Extra
1 Fishcake
1 Bungkus Mee Kuning
½ Ikat sayur sawi
½ Botol Sos Tomato

Cara memasak :-
1.Rebus Mee dan Sayur Sawi
2.Kemudian goreng telur tadi dan hancurkannya. Selepas itu berikan sedikit ruang untuk menumis bawang. Setelah aroma bawangnya naik bolehlah masukkan daging kisar dan gaulkan bersama telur goring tadi. Biarkan seminit agar ia benar-benar sebati.
3.Selepas itu masukkan fishcake serta sosej dan goring sehingga garing.
4.Keluarkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi untuk masak kuah pasta tersebut. Masukan sos tomato yang telah dicairkan bersama dengan Asam Jawa Extra. Biarkan selama 2 minit sebelum memasukkan bahan-bahan yang digoreng tadi. Untuk menambahkan rasa tambahkan garam secukup rasa serta oregano. Biarkan bahan-bahan tadi selama 5 minit dan kemudian bolehlah dihidangkan.

The Salsa of Hector Lavoe


Dah lama aku nak cari dvd cerita ni. Sejak mula-mula keluar iklan dia dekat STAR Movie. Tetapi semalam aku beruntung sebab dapat tengok cerita ni dekat Star World. Cerita ni berkisarkan saat bermulanya muzik salsa dan kebangkitan seorang penyanyi dari Puerto Rico yang pernah popular sewaktu zaman kegemilangannya. Cerita ini mengenai Hector Lavoe yang pernah menggegarkan dunia dengan alunan muzik Salsanya.

Berkisarkan kisah benar mengenai kehidupannya sendiri. Dan ini adalah kisah perjalanan hidupnya. Hector lakonan Marc Anthony seorang penduduk Puerto Rico telah berhijrah ke Amerika untuk mulakan kariernya sebagai seorang penyanyi. Ketika saat bermulanya salsa di era 70 an, Hector bersama kumpulannya Faria Super Star telah banyak membuat persembahan. Dan bermula saatnya naik sebagai penghibur, Hector telah berjumpa dengan seorang wanita Nilda Georgia “Puchi” Roman lakonan Jennifer Lopez yang akhirnya menjadi isterinya.

Kehidupan Hector telah menyebabkannya bergolak dengan dadah yang telah menyebabkan perpecahan dirinya dari kumpulan Faria Super Star. Atas sokongan Puchi akhirnya Hector telah bangun untuk bernyanyi secara solo dan telah melonjakkan namanya kembali. Banyak cabaran yang telah dilaluinya dari pergolakan rumah tangga sehinggalah kematian anaknya akibat ditembak rakan anaknya sendiri, pengambilan dadah dan ganja yang berlebihan, serta masuk ke pusat pemulihan akibat ketagihannya itu.

Akhirnya kerana tertekan dengan segala masalah yang menimpa Hector telah membuat cubaan bunuh diri dengan terjun dari balkoni apartmennya tetapi terselamat walaupun patah beberapa tulangnya. Dia teruskan hidupnya selama lima tahun dan akhirnya mati akibat menghidap Aids setelah ujian menunjukkan dia Positif HIV. Puchi pula telah mati akibat terlibat dalam kemalangan yang berlaku selepas selesai sesi temuramah dengannya.

Bagi aku cerita ni sedikit sebanyak menjawab persoalan yang mungkin kebanyakan kita tertanya-tanya hidup sebagai seorang artis. Sebenarnya bukan senang untuk menjadi terkenal serta berjaya. Dan bukan susah untuk kehilangan serta berakhir segalanya. Tetapi cerita ini juga ada kontroversi disebalik pembikinannya. Sebab segala kebenaran fakta hanya mereka yang benar-benar rapat dengan Hector seperti Willie Colon saja yang tahu.

Friday, November 13, 2009

2012 Special Screening


12 November 2009, Khamis
Lokasi : Malaysia Box Offices Cinema (MBO) Terminal 2, Seremban

Masuk hari ini sudah 2 hari emak aku berada di Indonesia dalam proses lawatan yang dianjurkan Jabatan Pendidikan Negeri. Memandangkan masa aku pun banyak yang terluang jadi aku dengan Mr. Hattamura pun plan untuk melihat cerita 2012 kalau tiada aral melintang. Sebab cuaca pun tengah hujan sekarang ni. Lagipun first day screening untuk filem ni memang dapat jangka mesti sesak dan full seat.

Aku pun mulalah mencari tiket seawall 8.00 malam (waktu Malaysia) ke panggung wayang yang ada dekat Seremban. Mr Hattamura ajak survey ticket dekat GSC Terminal 1, tapi memandangkan senang orang hendak ke sana memang memastikan panggung untuk tayangan 2012 dekat situ full seat.Jadi aku pun teruslah ke sana Jaya Jusco S2. Sampai saja dekat wayang aku tengok orang ramai menggila. Jangankan pukul 9.30, pukul 12.30 pun dah full. Adoi pening kepala.

In the end the last location yang akan aku tuju adalah MBO Terminal 2 yang bakal menjadi saat pertama aku menonton dekat wayang tersebut semenjak pembukaannya. Sampai saja dekat MBO aku pun tengoklah senarai cerita. Masa tu tiket pukul 8.30 tinggal 4 seat, 10.30 8 seat dan 12.30 170 seat. Aku suruh si Hattamura booking pukul 10.30 tapi bila sampai saja turn nak beli, 10.30 punya seat sekali full da…Tinggal 12.30, nak tak nak aku pun on je lah. Memandangkan sudah sampai.

So, masanya pun tiba.Aku pun duduk dekat seat paling atas lepas tu dekat tengah-tengah memang view yang best sebab aku mengadap skrin dengan jelas tanpa perlu mendongak mahu pun pusing kepala. Straight to the point…wow. Mula saja cerita memang agak perlahan. Babak yang dahsyat bermula semasa John Cusack bergegas balik jemput family dia. Masa tulah bermulanya aksi-aksi ekstrem untuk filem 2012 ni. Jalan cerita semuanya bagi aku okay, cuma sound dia tenggelam timbul. Tak tahulah problem dalam movie tu atau problem MBO sendiri.

Aku taknak ulas panjang-panjang sebab cerita pun baru lagi. So kalau nak tau lebih lanjut kenalah tengok sendiri baru boleh nilaikan cerita tersebut macam mana. Sebab kalau follow jalan cerita dia tak lari macam cerita The Day After Tomorrow, maklumlah director yang samakan. Apa-apa pun cerita ni buat ramai kecut perut bila fikirkan saat tibanya hari kiamat. Tapi disebabkan cereka fiksyen maka korang pertimbangkanlah kesahihan yang diorang copy directly dari Kalendar kaum Mayan ni. Sebab setiap agama pandangan diorang terhadap doomsday ni berlainan versi. Kita sebagai Islam memang sudah diingatkan akan adanya hari kiamat yang tertera di dalam Al-Quran. Cuma masanya saja yang kita sendiri tidak dapat ramalkan…Insaflah.

Thursday, November 12, 2009

Ke Arah Permodenan Seremban



11 November 2009, Rabu
Lokasi : Bypass Seremban – Bukit Chedang – Taman AST

Dalam perjalanan pulang dari Tesco Seremban dekat Seremban 2, aku saja-saja try bypass yang masih lagi dalam pembinaan dekat simpang hendak pergi ke Bukit Chedang. Lalu punya lalu tak sangka aku Seremban sedikit sebanyak dah berubah wajah. Jalan baru yang aku lalu tersebut memang boleh kata baru sangat-sangat sebab pembinaannya masih lagi berjalan.

Kalau kita dari Bukit Chedang bolehlah melalui jalan tersebut yang berakhir di Jalan Sungai Ujung bertentangan dengan pasaraya Pacific (Seremban Centrepoint). Tetapi disebabkan pembinaan yang masih berlangsung. Pengguna jalan tersebut kena merempuh persimpangan Rahang Kecil dulu sebelum meneruskan perjalanan di simpang hadapan. Bypass ini sedikit sebanyak dah menjimatkan masa begitu banyak kalau kita hendak mengelakkan kesesakan lalulintas dekat Seremban.

BMW on the hurry


11 November 2009, Rabu
Lokasi : Hospital Port Dickson

Hari ini aku pergi ke Port Dickson sebab temankan Mr. Hattamura untuk sesi temuduga di sana. Aku gerak seawal 7.15 pagi kerana takut terlambat memandangkan sesi temuduga bermula jam 8.30 pagi. Aku drive sekitar 80-100 sambil melayani panorama indah sepanjang perjalanan ke Port Dickson. Sempat jugalah aku tangkap beberapa keeping gambar sepanjang perjalanan tersebut. Akhirnya selepas 35 minit perjalanan aku pun tiba di Hospital Port Dickson.

Selesai saja sesi temuduga dalam jam 10.00 pagi aku pun mengorak langkah untuk ke destinasi seterusnya. Mula-mula aku cadang nak pergi mandi laut tetapi memandangkan cuaca yang mendung mendadak membantutkan plan aku. Semasa nak keluar dari perkarangan hospital mata aku terpandanglah konvoi BMW. Kalau tak silap aku ada lebih kurang 7 biji termasuk sebiji Mini Cooper yang menjadi escort. Terus lensa kamerafon aku difokuskan kea rah kereta yang bergerak sepantas kilat itu.

Aku pun terus memecut laju untuk mengejar konvoi tersebut tapi tidak berjaya memandangkan kereta banyak waktu tu. Akhirnya konvoi yang berharga tersebut lenyap dari mata aku. Dari apa yang aku nampak kesemua BMW tersebut adalah model yang baru masuk pasaran Malaysia. Mungkin kereta tersebut dalam sesi jelajah satu Malaysia untuk promosi kot.

Lamb + Chicken (2 in 1)





10 November 2009, Selasa
Lokasi: Paroi Chops & Grill , Medan Selera Stadium Tuanku Abdul Rahman aka ( Stadium Paroi )

Balik saja dari lawatan membeli barangan di Tesco Seremban 2, aku dan Hattamura pun pergilah pusing-pusing cari makan malam. Kebetulan pula masa itu, emak dengan ayah aku pun keluar, so memang kena makan dekat luar jugalah jawabnya. Sedang aku memandu meredah bypass yang masih lagi dalam pembinaan, tiba-tiba telefon aku pun berbunyi. Emak aku telefon ajak makan sama-sama. Selepas mendapat kata putus dan sepakat aku dengan Hattamura pun pergilah ke lokasi yang telah ditetapkan.

Sampai saja dekat kedai aku pun disambut pelayan kedai tersebut. Diberikan menu lantas aku pun mengorderkan makanan malam aku hari itu "Chicken & Lamb Grill" menu 2 in 1. Saja nak try menu baru, bukan aku tak pernah makan cuma nak try rasa kedua-duanya sekaligus. Sampai je hidangan aku pun terus rasa...Tada, huhu sambil aku mengalirkan airmata yang bergelingan aku pun menyatakan superbb....sampai macam tu sekali reaksinya...hehe.

Untuk pengetahuan anda semua, Paroi Chops & Grill ini adalah sambungan untuk generasi terawal Mama Chops & Papa Grill yang dibuka di lokasi terpilih serata semenanjung. Dekat kedai ini bukan saja ada menyediakan hidangan berupa grill dan chop saja malahan turut disediakan Asian Cuisine yang terpilih. So banyak choice la kalau nak makan. Maybe next time aku nak try pulak menu yang lain-lain. Andaikata anda berkunjung ke area Paroi, Negeri Sembilan bolehlah berkunjung ke Paroi Chops & Grill untuk nikmati sendiri sajian yang telah aku cakapkan ini.

Giant of The Tank



6 November 2009, Jumaat
Lokasi : Giant Hypermarket Senawang

Aku keluar dengan emak dan ayah aku untuk beli barangan keperluan emak aku sebelum dia berangkat ke Indonesia. Aku singgahlah petshop yang ada dekat Giant itu. Sebab hendak cari pengganti hamster aku yang mati beberapa hari lepas. Sebelah petshop tersebut ada satu tank akuarium gergasi yang menempatkan 2 ekor Arapaima Gigas. Antara spesis ikan air tawar yang terbesar di dunia.

Tengok saja saiz dia memang menggerunkan aku. Dengar cerita ikan tersebut diberi beberapa ekor ayam sebagai makanan mereka. Patutlah badan ikan itu lagi besar dari aku. Katakanlah kalau budak kecil jatuh dekat dalam tangki tersebut, memang jadi habuan ikan itulah. Aku tidak tahu samada ikan tersebut sepasang atau sama gen. Sebab seekor kecil dan seekor memang besar gedabak. Seekor warna dia kemerahan manakala seekor warna dia macam silver keemasan.

Apa yang aku tahu serba sedikit pasal ikan ini, Arowana adalah antara spesis ikan Arapaima.Cuma yang membezakan kedua-dua ikan ini Arapaima lagi ganas sebab monyet pun dia balun. Aku tengok ikan ini makan monyet masa dokumentari Catch For The Biggest dekat Nat Geo. Arapaima juga adalah ikan yang paling mahal harganya dalam kategori ikan air tawar. Orang asli Amazon jadikan ikan ini sebagai makanan mewah diorang. Isi dia dikatakan sedap sebab empuk macam daging ayam.

Ikan Ini juga kini adalah satu spesis kawalan disebabkan ancaman kepupusan. Hanya yang mencapai berat yang ditetapkan saja boleh ditangkap. Tetapi bak kata pepatah “baik bertindak sebelum terlambat”. Kalau ikan ini masih dibenarkan penangkapannya memang tidak mustahil satu hari nanti ia akan pupus di dunia sama macam nasib burung Emu dulu.

Monster Move Malaysia



5 November 2009, Khamis
Lokasi: Jalan Puchong – Putrajaya – Dengkil

Pagi ini aku dengan Mr. Hattamura menuju ke Jabatan Pendidikan di Putrajaya. Semasa dalam perjalanan ke sana aku pun nampaklah lori yang banyak tayar bersama muatannya yang besar bangat. Tengok dari rupa muatan lori tersebut macam kuali raksasa, sebab besar dia dah makan 2 jalan yang ada 3 lorong itu.

Dah macam dalam dokumentari Monster Move dekat Discovery Channel pula. Tengok muatan dia memang berat sebab lori itu bawa dalam lingkungan 40 saja. Biasa aku tengok orang bawa barang besar-besar dalam televisyen saja. Sekarang aku beruntung sebab dapat tengok sendiri depan mata. Masa dekat Seremban dulu kerap juga aku tengok lori muatan besar-besar ini. Lagi-lagi masa awal-awal Bypass Seremban dibina. Masa itu bukan muatan saja yang besar. Muatan tersebut panjang sebab kalau tak silap aku dia bawa konkrit jambatan yang macam kita nampak kat flyover or landasan monorel.

Monday, November 9, 2009

Transformasi Sejenak


Hari ini aku nak buka cerita pasal transformasi aku semenjak bermulanya saat aku mengenali serta menggunakan telefon. Masa aku kecil-kecil dulu telefon yang mula-mula aku pakai adalah telefon yang ada nada dering macam handphone zaman sekarang ini. Tinggal telefon aku masa itu bukanlah telefon bimbit sebab ada wayar. Aku bawa kemana sahaja telefon tersebut untuk menemankan aku. Telefon tersebut boleh dikatakan agak kewanitaan sikit sebab warna merah jambu. :p Antara spesifikasi telefon tersebut ia turut boleh merakam suara disamping setiap buttonnya akan menghasilkan bunyi nada tang berlainan apabila ditekan. Telefon tersebut diberi nama Telefon Mainan.

Selepas itu masa aku sekolah rendah aku sudah mula bawa telefon bimbit aku sendiri. Tapi masa itu bukan aku seorang saja yang ada telefon itu. Boleh kata setiap penjuru sekolah mesti ada yang bawa telefon tersebut. Macam-macam warna yang ada tapi paling famous yang berwarna hitam. Telefon masa itu masih lagi pakai antena. Cuma yang istimewanya telefon ini semua budak yang pakai mesti dia orang gigit antena itu. :) Pendek kata telefon tersebut amat berguna juga untuk menghilangkan kedahagaan. Telefon tersebut diberi nama Telefon Botol Air. Hehehe...

Kemudian lahirlah telefon yang dikenali dengan nama Telefon Syiling (Pondok Telefon Kuning) serta Telefon Kad (Uniphone). Masa ini boleh dikatakan ramai hackers yang lahir kerana telefon-telefon ini telah menjadi bahan eksperimen untuk "curi line". Berbagai teknik yang digunakan, ada yang berjaya dan ada juga tidak. Bukan itu saja, malahan telefon syiling juga mengalami nasib yang lagi ekstrem. Kadang-kadang di saat kecemasan hanya tiang dengan pondok telefon saja yang tinggal. Peti telefonnya pula ghaib entah ke mana.

Akhirnya aku masuklah ke zaman 90-an yang maju sedikit. Telefon pertama yang aku guna adalah Samsung Starterpac atas pemberian ayah aku untuk memudahkan perhubungan masa aku belajar dekat universiti. Kemudian lepas Starterpac rosak aku guna pula Nokia 8250 atau lebih dikenali "Butterfly". Masa ini boleh dikatakan "Butterfly" menjadi fenomena serata dunia kerana bentuknya yang slim serta kecil. Dalam masa yang sama aku turut guna telefon polifonik yang pertama di dunia iaitu Alcatel 511. Boleh kata banyak jugalah jasa telefon "kecik cinonet" itu yang telah menghubungkan aku dengan ex-gf aku.

Lepas aku kerja aku pun belilah Motorola SLVR L7, telefon ini besar juga jasanya sebab sudah trainned aku jadi photographer pakai telefon bimbit (Fontographer). Banyak jugalah gambar yang aku sudah tangkap pakai L7 ini. Akhirnya riwayat telefon ini tamat semasa aku tangkap gambar dekat jeram area Pantai akibat aku tergelicik lalu terendamlah L7 dalam air yang sejuk membeku. Atas budi bicara emak aku dia berilah handphone L6 dia untuk aku guna sampailah sekarang.

Kini aku telah melangkah setapak lagi ke hadapan dalam dunia telekomunikasi dimana aku pakai G900 sebagai second phone untuk private number aku pula. Telefon ini akan terus menjadi satu platform untuk aku berkarya dengan menggunakan kameranya. Telefon yang akan aku jaga dengan sebaik mungkin sebab telefon ini pun hadiah daripada ayah aku.

Maka selesailah sudah transformasi aku dengan telefon aku ini. Cuma lepas ini kalau rosak barulah ada pengganti untuk telefon yang aku pakai sekarang ini. Pernahkah anda terfikir "dunia tanpa telefon...?". Apakah yang bakal terjadi kepada anda semua. Fikirkanlah...

Telefon oh Telefon

Telefon adalah satu gadjet yang sangat penting buat masa kini. Telefon menghubungkan kita diantara yang jauh agar hampir dengan kita. Banyak perubahan yang telah berlaku semenjak terciptanya telefon oleh Alexander Graham Bell.

Suatu ketika dahulu sebelum telefon mula dicipta, manusia telah menggunakan berbagai cara untuk menyampaikan isyarat mahupun mendapatkan bantuan. Seperti di Tembok Besar China, para pejuang telah menyampaikan isyarat dengan membakar longgokan jerami di setiap menara kawalan sehinggalah menara kawalan yang seterusnya berbuat demikian dan akhirnya tibalah ke pengetahuan raja. Lihat betapa lama jangkamasa yang digunakan untuk menyampaikan sebuah maklumat.

Manakala di Rom pula, burung merpati telah digunakan untuk menyampaikan mesej kepada seseorang. Caranya dengan mengikatkan maklumat yang ditulis di kertas ke kaki burung dan kemudian burung tersebut terbanglah seperti biasa menghantar mesej tersebut. Banyak laporan yang mengatakan teknik ini telah berjaya tetapi banyak juga yang gagal kerana burung mudah menjadi mangsa. Antara perkara yang kerap berlaku, burung tewas ketika mengharung cuaca buruk. Selain itu burung juga menjadi mangsa pemburu serta askar yang mengetahui muslihat musuh.

Kemudian lahirlah "code mose" yang telah digunakan meluas untuk menghantar isyarat gelombang ke semua kawasan. Isyarat ini juga telah membantu pihak Nazi Jerman untuk mara lebih jauh lagi semasa perang dunia semasa mereka menghantarkan isyarat rahsia ini melalui U-Boat (kapal selam) mereka. Seperti yang kita dapat lihat dalam cerita U-571 dan Enigma.

Kini dengan terciptanya telefon memudahkan kita lagi untuk berhubung diantara satu sama lain. Selain itu dengan kepesatan teknologi masa kini telah merubah lagi pandangan orang terhadap telefon. Dimana telefon lebih kepada gaya hidup kerana terdapat banyak kemudahan yang ada dalam telefon masa kini. Anda boleh SMS, MMS, melayari internet melalui rangkaian 3G dan juga WLAN (WiFi).

Tetapi banyak juga keburukan yang boleh terjadi sekiranya telefon jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan lambakan telefon berkamera telah membuatkan mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan telefon dengan cara salah. Setiap hari pasti ada wayang gambar murahan yang tidak mengeluarkan sebarang kos ini keluar di pasaran. Dengan babak yang pelbagai digarap pula dengan pelakon muda menambahkan lagi rating terhadap penonton untuk mendapatkan kepuasan menonton filem aksi murahan ini. Semakin canggih dunia masa kini, manusia semakin maju ke hadapan selari dengan teknologi terkini.

Sunday, November 1, 2009

Jammed Again

1 November 2009, Ahad
Olak Lempit

Hari ni aku konvoila dengan saudara mara aku menuju ke Banting sebab ada majlis perkahwinan saudara belah emak aku. Kitorang pun konvoila sebanyak 4 biji kereta semuanya. Antara orang yang menaiki kenderaanku, Hatta, Emey dengan Ochin. Disebabkan sedikit kelewatan aku pon pecutla kereta aku dalam lingkungan 120 ke 140 dan maintain apabila jalan lurus.

Saudara aku semua termasuklah parent aku tunggu kitorang kat sana. Akhirnya aku sampai juga dekat tempat perhentian diorang. Lepas semuanya cukup kitorang pun mulalah perjalanan yang memakan masa dalam 45 minit menuju ke Banting dari pekan Dengkil. Aku pun pandulah kereta aku macam biasa. Keadaan lalu lintas masa tu kira bolehlah dikatakan berjalan lancar.

Tiba-tiba apa yang aku tak jangkakan berlaku. Masa aku nak overtake lori depan kereta aku, aku rasa kereta aku berat semacam. Seolah-olah ada gajah dah tumpang duduk atas bumbung kereta aku. Aku rasa aku dah tekan 100 tapi meter kereta aku terus menjunam sampailah ke takuk 40. Sah brake kereta aku jammed balik. Mood aku dari okay terus down sebab unexpected problem ni.

Maka dengan itu aku terpaksalah memberhentikan kereta aku ke bahu jalan. Bila aku buka je pintu kereta aku tengok tayar depan aku dah berasap. Macam lalang kena bakar. Setelah diputuskan aku pun ambil keputusan untuk park kereta aku kat mana-mana hentian yang terdekat. Akhirnya aku pon sampai la di Stesen Petronas Olak Lempit. Destinasi kereta aku tersadai untuk sementara waktu sebab kereta aku dah tak boleh nak bergerak langsung.

Akhirnya kesemua penumpang terpaksa menumpang kereta konvoi yang lain untuk teruskan perjalanan ke destinasi. Nasib baiklah kereta diorang ada tempat kosong lagi. Cuma aku rasa macam tak best pula bila plan aku bertukar. Lain yang diminta lain pula yang jadi. Benda dah nak jadikan nak wat macam mana. So esok lusa kena la aku hantar kereta masuk bengkel balik. :(