Monday, February 20, 2012

Sekitar Lawatan di Jalan Bugis


1 Januari 2012, Ahad
Bugis Street, Singapore

Untuk kaki shopping semua sekiranya anda menziarahi Singapura mesti tidak kekok dengan suasana di Bugis Street yang ala-ala Petaling Street, Kuala Lumpur. Ya di sini anda akan dapat berbagai produk mahupun perkhidmatan. Semuanya di bawah satu bumbung. Apa yang menarik di sini adalah dereten kedai dan pusat membeli belah seperti Bugis Junction, Iluma dan Bugis Street Mall. Di sini anda bolehlah membeli cenderamata sebelum pulang ke tanah air, dengan tawaran harga yang berpatutan serta banyak pilihan. Cuma ketika anda ingin melintas dari Bugis Street menuju ke Bugis Junction akan berlaku sedikit kesesakan di kawasan lintasan pejalan kaki.

Pada malam hari pula Iluma sebuah pusat membeli belah yang terletak di sebelah Bugis Street Mall menyerlah dengan kerlipan lampu bak bintang di keseluruhan bangunannya. Ribuan bintang menghiasi dinding bangunannya dan bila malam lampu tersebut akan berkelip dan menyinari kegelapan malam dan menjadi tarikan sekiranya kita berkunjung ke sini.

Deen Tulang Specialist or Bone Specialist


Golden Mile Food Centre, 505 Beach Road #B1-17
Singapore

Mungkin ramai yang pernah menikmati menu istimewa yang digelarkan “Sup Tulang Merah”. Sup Tulang Merah adalah sejenis hidangan yang berasal dari Timur Tengah dimana untuk hidangan ini gearbox kambing digunakan untuk memasaknya bersama dengan tomato yang dikisar untuk dijadikan supnya. Kali ini ingin diperkenalkan sebuah lagi kedai makan yang menghidangkan menu utamanya iaitu Sup Tulang Merah, tetapi bukan di Semenanjung ia. Kali ini kita akan merantau ke Negara jiran kita iaitu Singapura.

Deen Tulang Specialist terletak di Golden Mile Food Centre di Jalan Pantai berhampiran dengan Masjid Hajjah Fatimah. Apa yang menarik di sini adalah menunya seperti Sup Tulang Merah, Mutton Chop, Bistik Kerang, Bistik Kuah, Nasi Goreng Merah dan banyak lagi. Sekiranya anda pergi ke sini jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri keenakan kuah supnya yang pekat serta kelazatan gearbox kambingnya yang lembut dan empuk. Selain itu terdapat sedikit kelainan terhadap Mee Goreng mamaknya sebab warnanya merah.

Kedai ini telah dipilih untuk menerima anugerah Best Food Awards oleh The Green Book sebanyak tiga kali berturut-turut. Selain itu kedai ini juga telah disiarkan dalam rancangan masakan Makansutra, Asian Food Channel (AFC). Jadi andai kata anda dating melawat ke Kota Singa, luangkanlah masa untuk menikmati juadah Timur Tengah yang istimewa ini.

P/S : #03 - Ralat, gambar tersebut adalah Masjid Hajjah Fatimah

Amazing of Ion Orchard


1 Januari 2012, Ahad
Orchard Road, Singapore

ION Orchard adalah sebuah pusat beli-belah mewah yang menempatkan 400 buah kedai. Dan antaranya adalah butik pakaian, kedai makanan, butik produk kecantikan, kedai aksesori mewah dan barangan kemas serta banyak lagi. Antara jenama yang mendominasi pusat membeli-belah ini adalah seperti Bvulgari, Dior, Louis Vuitton, Cartier, Prada, Coach, La Zarre, Rolex, Breitling, Chopard dan banyak lagi.

Selain itu terdapat juga sebuah kawasan khas yang dibina untuk pemantauan pengunjung. ION Sky yang terletak di kedudukan 218 meter di The Orchard Residence. Di sini pengunjung akan dapat melihat keindahan bandaraya Singapura dalam 360 darjah pemandangan dengan menggunakan teleskop “BEHOLD”. Terdapat juga sebuah restoran yang menghidangkan makanan barat di ketinggian 55 tingkat untuk mereka yang gemarkan kelainan dalam menjamu selera.

Pusat beli-belah ini adalah yang pertama di Singapura yang dilengkapi dengan TV LED yang dipasang di keliling dinding luar bangunan yang menjadikan bangunan ini berkerlipan dengan alunan lampu LED yang berwarna-warni pada waktu malam. ION Orchard ini setinggi empat tingkat. Selain itu sebuah kondominum mewah turut dibina iaitu The Orchard Residence. Kini ia menjadi sebuah lagi mercu tanda di Jalan Orchard serta memaparkan gaya hidup esklusif dan mewah warga Singapura. Sesuai dengan kawasan Orchard yang menjadi destinasi pelancong sebagai syurga membeli belah untuk memenuhi ruangan gaya hidup mewah.

Apa, Singa Mulut Ternganga Kluar Ayor...


1 Januari 2012, Ahad
Merlion Park, Singapore

Taman Merlion adalah sebuah tempat yang anda harus pergi sekiranya menjejakkan kaki ke Kota Singa. Ini kerana ia telah menjadi sebuah ikon yang terkenal untuk mempersembahkan Singapura di mata dunia. Ia juga sebagai simbol perdagangan terpenting Singapura.

Merlion adalah seekor makhluk berupa singa dan berbadankan ikan. Kepalanya menggambarkan akan singa yang telah dijumpai oleh Raja Sang Nila Utama ketika dia mula menjejaki Pulau Temasek (Kini Singapura). Ekornya lebih sinonim dengan laut selaras dengan Temasek yang bermaksud “laut” dalam bahasa Jawa. Akhirnya nama Singapura diberi sempena dengan peristiwa itu yang membawa maksud “kota singa” dalam bahasa Sanskrit.

Patung Merlion ini setinggi 8.6 meter dan seberat 70 tan. Terdapat juga sebuah replika kecil patung Merlion di taman Merlion ini. Ia menjadi tempat yang istimewa untuk mengabadikan kenangan di Singapura dimana taman ini terletak berhampiran dengan Marina Bay dan di belakangi pencakar langit yang moden. Sebuah panorama yang memukau dan menggamit jiwa pengunjung yang melawatnya.

The Durian, The Big Durian... What it is?


1 Januari 2012, Ahad
Esplanade, Theaters On The Bay

Esplanade atau lebih dikenali sebagai Theaters On The Bay adalah sebuah bangunan yang menempatkan sebuah Dewan Konsert, Dewan Teater, Perpustakaan dan kawasan beriadah di sepanjang muara Utara Sungai Singapura. Dibina diatas tapak seluas enam (6) hektar tanah kawasan dermaga bersama Marina Bay. Dewan Konsertnya menempatkan sebanyak 1600 kerusi manakala Dewan Teater pula mampu menampung sehingga 2000 penonton dalam sesuatu masa. Disini juga terdapatnya sebuah pasaraya iaitu Esplanade Mall.

Sesuai dengan kedudukannya yang strategik,menghadap ke arah keajaiban senibina moden Singapura serta terletak di anatara kawasan hartanah mahal. Ia menjadi sebuah destinasi untuk warga kota bersantai bersama keluarga bersiar-siar di sepanjang kawasan pejalan kaki yang disediakan. Pada asalnya kawasan ini adalah sebuah tempat yang menjadi kawasan tumpuan penggerai sate terbesar di Singapura sebelum mereka dipindahkan ke Clarke Quay untuk projek pembinaan mega Esplanade, Theaters On The Bay.

Kini Esplanade, Theaters On The Bay menjadi sebuah pusat kebudayaan serta tempat persembahan seni setaraf dengan Sydney Opera House, Australia.

Between Average Car & The Supercar


1 Januari 2012, Ahad
Singapore City

Singapura adalah sebuah kota yang maju membangun dengan kerancakan pembinaan insfrastruktur di sana-sini. Tidak ketingglan juga saingan hebat dalam dunia permotoran dimana kita akan selalu melihat model-model kereta baru mendahului pasaran yang ada ni Malaysia. Tetapi apa yang membezakan negara kita dengan Singapura adalah kereta yang beraja di atas jalan raya, kebanyakannya kereta moden disebabkan kerajaan Singapura memberi had waktu selama lima (5) tahun untuk pemilikan sesebuah kenderaan terhadap pemilik sebelum ia dilupuskan untuk lesen kenderaan berikutnya.

City That Never Sleep From The Amazing Construction


1 Januari 2012, Ahad
Singapore City

Apa yang boleh dikatakan adalah “kagum” dengan senibina moden bersama gabungan senibina kontemporari dan klasik. Pengekalan insfrastruktur lama yang diberi nafas baru menambahkan lagi keserian pulau yang unik ini. Banyak pembangunan yang boleh dibanggakan di Singapura ini seperti bangunan hotel dan kasino Marina Bay Sands, muzium sains yang berbentuk Tangan Buddha, Fountain of Well (Air pancut tertinggi di Singapura), Universal Studios Sentosa dan banyak lagi. Kerajaan Singapura menekankan aspek feng-shui di dalam setiap pembinaannya bagi menarik spiritual yang baik serta persekitaran yang harmoni dan untuk menjana kecairan pelaburan yang tinggi.